malaynews1. Powered by Blogger.

Waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa



Kedudukan sujud ialah dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Ketika Allah meminta para malaikat bersujud kpd nabi Adam AS bererti inilah tingkat tertinggi dari sebuah penghormatan.

Sujud hanyalah untuk Allah S.W.T. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan & mengajar kita bahawa tingkat paling tinggi dari rasa hormat adalah "Sujudlah pada Ku." Tidak ada penyembahan yg lebih baik daripada sujud. Itulah sebabnya mengapa umat Islam berbeza daripada umat agama lain. Mereka meletakkan dahinya atau kepalanya yg paling mulia ke tanah.

Hal ini sekaligus membuang sifat angkuh seseorang & menggantinya dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung. Inilah nilai kehambaan yg sebenar yg mengundang rahmat & keberkatan daripada Allah. 
Tag : Islam
0 Komentar untuk "Waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa"
Back To Top