“Apakah yg memasukkan kamu ke dalam Saqar(Neraka)?” Mereka menjawab : “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yg mengerjakan solat”.
Dan di dalam hadis dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. tentang ancaman Allah yg ditimpakan kepada orang-orang yg meninggalkan solat iaitu sebagai berikut :
1. Di kala mereka hidup di dunia :
a. Dihilangkan keberkatan dari hidupnya.
b. Dihilangkan tanda kesolehan dari wajahnya.
c. Tidak berpahala amal-amal perbuatannya.
d. Doanya tidak diangkat ke langit.
e. Tidak memperoleh bahagian di dalam doanya orang-orang yg soleh.
2. Di kala mereka menghembuskan nafas terakhgir & saat-saat sesudahnya :
a. Mati dengan penuh kehinaan.
b. Mati dalam keadaan lapar.
c. Mati dalam keadaan haus.
d. Dihimpit kubur dari sebelah kiri & kanan.
e. Dinyalakan api Neraka di dalam kubur mereka.
f. Didatangkan kepada mereka masing-masing seekor ular yg bernama “Asy Syuja’ul Aqra’”, untuk menyeksa mereka di mana ia berkata : “Aku diperintah oleh Allah s.w.t. untuk memukul engkau, kerana engkau mensia-siakan solat Subuh sehingga terbit matahari, Kerana engkau mensia-siakan solat Zohor sehingga Asar, Kerana engkau mensia-siakan Asar sehingga datang Maghrib, Kerana engkau mensia-siakan solat Maghrin sehingga ‘Isya’ & kerana engkau mensia-siakan solat ‘Isya’ sehingga fajar”.
Ular yg bernama Asy Syuja’ul Aqra’ itu terus menerus menyeksa mereka sampai hari Mahsyar .
Tag :
Islam
0 Komentar untuk "Awas Anda Akan Terancam Bila Meninggalkan Solat "