malaynews1. Powered by Blogger.

Antara Menangis Yang Penuh Dengan Kebaikannya

 
 
Berikut adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita :


1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yg keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yg boleh membuat penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yg berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yg disebut dengan lisozom yg dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yg tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin & tempat tempat yg mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.


3. Meningkatkan mood
Seseorang yg menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yg dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yg berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yg dihasilkan daripada iritasi mata.


4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata & menemukan bahawa air mata yg keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yg beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh & mengeluarkannya melalui mata.


5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yg terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin & prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yg disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yg boleh memberikan sokongan, & hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi & juga bersosialisasi seseorang.


7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah & dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.


Setelah menangis, sistem badan seperti otak & jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik & lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega. 
Tag : Informasi
0 Komentar untuk "Antara Menangis Yang Penuh Dengan Kebaikannya"
Back To Top