Kebiasaannya
kita apabila ada kucing yang mengiau lapar, kita main bagi ja makanan
yang ada dekat kucing. Kucing kalau lapar memang semua benda dia telan
tapi sistem pencernaan kucing mestilah tak sama dengan manusia.
Janganlah dok
sesuka hati ja kasi makanan manusia dekat kucing. Ada sesetengah makanan
boleh jadi racun kepada kucing, tak pasal-pasal jadi arwah kucing
kesayangan hampa tu. Kita nak share sikit 8 makanan yang menjadi racun
ni.
1) Coklat
Semua coklat
mengandungi theobromine terutamanya coklat gelap dan coklat masakan yang
tidak manis. Mengakibatkan masalah jantung, sawan dan gegaran otot.
Mengandungi kafein.
2)Teh, kopi dan minuman bertenaga
Mengandungi kafein yang menyebabkan kucing tidak tenang, sesak nafas, gegaran otot dan jantung berdebar.
3) Bawang merah dan bawang putih
Pada kadar
tertentu, pengambilannya bagi kucing boleh memberi masalah. Seulas
bawang putih atau daun bawang mengakibatkan masalah pencernaan.
Sesetengah bawang akan mengakibatkan anemia.
4) Kismis dan anggur
Tidak banyak
kes yang melibatkan kucing tetapi mengakibatkan kegagalan ginjal bagi
anjing. Elakkan daripada diberi kepada kucing juga.
5) Makanan tenusu
Sesetengah kucing tidak boleh menerima pengambilannya lalu muntah-muntah dan cirit birit.
6)Alkohol
Menyebabkan kerosakan hati dan otak yang teruk walaupun hanya dikonsumsi sebanyak sesudu besar.
7) Daging mentah, telur mentah dan ikan mentah
Menyebabhkan
muntah-muntah, cirit birit atau keadaan menyakitkan dipanggil
'pancreatitis' dan juga risiko terdedah kepada salmonella dan E. coli
yang terkandung dalam makanan mentah tersebut.
8) Xylitol
Pemanis makanan
yang banyak digunakan dalam makanan tanpa gula terutamanya gula-gula
getah. Tiada rekod kucing sakit disebabkannya tetapi anjing mengalami
penurunan gula dalam darah secara mendadak (mengakibatkan sawan atau
mungkin kematian) diikuti dengan kegagalan hati. Lebih baik jangan
diberi kepada kucing.
Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa follow blog ni merlipmerlap.blogsot.com .View
web version bagi yang sedang menggunakan smartphone tu. Tengok jap
iklan nuffnang dengan churpchurp tu kot-kot hampa berminat!
0 Komentar untuk "[MESTI TAHU] Makanan Manusia Yang Beracun Bagi Kucing "