malaynews1. Powered by Blogger.

TIADA ADAB Perangai Keji Rakyat Malaysia

“Hampir 40 minit saya menyusu kan anak di lantai ERL (Express Rail Link) semalam (kelmarin) dan sepanjang tempoh itu orang ygberada di sekeliling hanya melihat tanpa sedikit pun rasa simpati menyaksikan keadaan saya ketika itu,” kata Wan Noor Shila Mior Sharifuddin, 30, yg sedih dan kecewa disebabkan sikap tidak prihatin segelintir rakyat Malaysia.


Wan Noor Shila berkata, ketika itu dia bersama bayi perempuan berusia setahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Nilai dengan menaiki ERL dari Kuala Lumpur (KL) Sentral ke stesen Salak Tinggi jam 6.30 petang.
“Pada masa itu tren dipenuhi ramai orang apatah lagi ketika itu waktu pulang kerja dan saya berdiri sambil mendukung anak.
“Berikutan tidak larat mendukung anak, saya letakkannya dan dia yg baru belajar berjalan, bermain di sekitar tempat saya berdiri.
“Setibanya di stesen Bandar Tasek Selatan, anak meragam dan mula menangis mahu menyusu, mahu atau tidak saya duduk di lantai sambil menyusukan anak,” katanya sedih.
Katanya, lebih menyedihkan, kebanyakan yg duduk di kerusi adalah orang muda dan mereka sedikitpun tidak simpati dengan keadaan dan kesusahannya yg mempunyai anak kecil.

0 Komentar untuk "TIADA ADAB Perangai Keji Rakyat Malaysia"
Back To Top