malaynews1. Powered by Blogger.

PELIK.. Kisah Kanak-Kanak 5 Tahun Penghidap Autisme dengan Kucingnya..




Sebelum ni kami ada menyiarkan kisah seorang kanak-kanak 5 Tahun penghidap Autisme yg berbakat dalam seni lukisan.. Hari ni kami siarkan kisah kanak-kanak tersebut bagaimana Ibunya mencari kaedah dalam memberi semangat dan keyakinan kepada anaknya sebagai penghidap Autisme..



Iris Grace merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yg mempunyai penyakit 'autisme' atau sukar berkomunikasi dan berhubung dengan persekitaran. Walau mengalami kekurangan dalam dirinya, namun begitu, Iris Grace dianugerahkan bakat dalam menghasilkan lukisan yg indah dan melalui lukisan juga Iris Grace meluahkan isi hatinya.



Walaupun Iris Grace kini masih kecil, beliau telah dikenali sebagai seorang pelukis professional dan mempunyai laman webnya sendiri untuk menjual karya lukisannya. 



Tetapi disebalik kisah kejayaan kanak-kanak cilik ini, rupa-rupanya ada pembantu yg selalu menyokongnya dari belakang. Yang mengagumkan adalah pembantunya itu ialah seekor kucing!



Menurut ibu Iris Grace, setelah mengetahui tentang penyakit anaknya itu, mereka telah mencuba pelbagai cara bagi membantu anak mereka mengatasi penyakit tersebut sehinggalah mereka terjumpa dengan Thula, seekor kucing terapi. Thula kini berusia hampir setahun dan berasal dari keturunan Maine Coon. Keturuna kucing ini sememangnya terkenal dengan sifat mereka yg bijak dan lemah lembut.






Tugas Thula adalah untuk membuatkan Iris lebih suka bersosial dan untuk menenangkan Iris apabila dia mula merasa bimbang. Menurut ibu Iris, Arabella Carter-Johnson, Iris lebih suka bercakap dengan Thula, seperti bercakap perkataan "sit cat".






Thula akan sentiasa bersama dalam apa jua aktiviti yg ingin dilakukan oleh Iris termasuklah bermain air, playdoh, melukis, naik basikal, mengecat, dan ketika bermain iPad sekalipun. Thula memberikan Iris keinginan untuk berinteraksi dan berkawan.



Thula melakukan tugas dengan baik untuk menenangkan Iris ketika dia di dalam keresahan dan menyokong Iris untuk berkomunikasi.







Menurut ibu Iris lagi, Iris susah untuk mandi dan membenarkan rambutnya dibasuh dengan air. Thula telah membantu Iris dengan masuk sekali ke dalam tab mandi dan mandi bersama Iris. Thula juga membenarkan ibu Iris membasuh bulunya dengan shampoo bagi membantu Iris.






Kini, dengan adanya Thula, Iris lebih senang untuk bangun pagi dan memulakan aktivitinya sehari-hari.














Menurut ibu Iris, Thula pada asalnya bukanlah seekor kucing yg telah sedia asal dilatih. Dia sendiri yg melatih Thula untuk menjadi rapat dengan Iris dan yg selebihnya, Thula seperti seolah-olah tahu apa yg perlu dilakukan olehnya.





 
0 Komentar untuk "PELIK.. Kisah Kanak-Kanak 5 Tahun Penghidap Autisme dengan Kucingnya.."
Back To Top