malaynews1. Powered by Blogger.

Amar Baharin Cedera Di Tumbuk Pelakon Baru

Amar Baharin Cedera Di Tumbuk Pelakon Baru | Amar Baharin mengalami cedera di bahagian kening  akibat ditumbuk ketika menjalani penggambaran drama Jalan Cinta Ke Syurga di Rawang pada pagi Ahad.

Amar Baharin Cedera Di Tumbuk Pelakon Baru

Menurut Amar, kejadian berlaku ketika dia bersama 10 pelakon tambahan berlakon dalam babak aksi dan ketika penggambaran berlangsung, dia terkena tumbukan daripada salah seorang daripada mereka, seorang pelakon baharu bernama Redza.

"Ketika kami sedang berlawan, saya tidak sempat untuk menepis tumbukan lawan saya. Tetapi masa itu saya tak rasa sakit.

"Dua jam selepas kejadian barulah saya ke Hospital Pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu luka saya agak dalam dan ia perlu dijahit," katanya.

Bagaimanapun kata Amar, dia meminta doktor tidak menjahit luka tersebut sehinggalah dia selesai menjalani penggambaran drama arahan Rashid Sibir itu.

Sementara itu, Amar memberitahu dia bakal terlibat dengan penggambaran drama yang diadaptasi daripada novel berjudul Cik Bunga Encik Sombong pada Isnin, namun dia terpaksa berbincang dengan pihak produksi untuk menunda penggambaran tersebut sehingga lukanya sembuh.

"Mengikut kata doktor, saya perlu berehat sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu sehingga kesan koyak itu pulih.

"Apapun terpulang pada pihak produksi adakah mereka mahu menunda penggambaran tersebut," ujarnya.


Dalam pada itu, Amar menyifatkan kejadian tersebut memberi pengajaran kepadanya dan pada masa akan datang, dia akan memastikan  mempunyai teknik dan latihan yang cukup sebelum melibatkan diri dalam babak-babak aksi.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/04/20/amar-baharin/

View the original article here

0 Komentar untuk "Amar Baharin Cedera Di Tumbuk Pelakon Baru"
Back To Top