malaynews1. Powered by Blogger.

Kena TUMBUK Kerana Ketawa

Kena TUMBUK Kerana Ketawa | Seorang lelaki terkedu apabila ditumbuk secara tiba-tiba oleh seorang kakitangan awam ketika dia menjalankan urusan di kaunter sebuah pejabat kerajaan, di Georgetown.

Kena TUMBUK Kerana Ketawa

Menurut mangsa, dia berbual dengan seorang kakitangan awam lain di sebuah kaunter ketika menunggu urusannya selesai.

“Saya sudah kenal dia lebih daripada dua tahun dan kami juga ketawa dan sebagainya masa itu sebelum dia tumbuk saya tiba-tiba.

"Rupa-rupanya dia tak puas hati sebab saya dikatakan cuba mentertawakannya. Saya ada minta maaf tapi dia tetap hendak tumbuk saya sekali lagi," katanya.

Kejadian yang berlaku minggu lalu turut disaksikan orang awam dan kakitangan yang berada di pejabat berkenaan.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 46 tahun cedera di mata sebelah kiri.

Lelaki yang berasal dari Sungai Ara itu berkata, dia terkilan dengan perbuatan kakitangan berkenaan yang menyerangnya secara tiba-tiba.

"Kami saling mengenali antara satu sama lain. Mujur juga ada kakitangan lain yang cuba meleraikan ketika dia mahu tumbuk saya buat kali kedua," katanya.

Difahamkan, berikutan kejadian itu, mangsa turut membuat laporan polis demi menjamin keselamatannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, beliau akan menyiasat kejadian tersebut.

“Saya masih belum mendapat maklumat jelas berhubung isu berkenaan, bagaimanapun saya akan siasat berdasarkan laporan yang diberikan,” katanya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/ditumbuk-gara-gara-ketawa-1.369641

View the original article here

Tag : Kerana, Ketawa, Tumbuk
0 Komentar untuk "Kena TUMBUK Kerana Ketawa"
Back To Top