malaynews1. Powered by Blogger.

LOL!!!Hon Punya Hal, Penunggang Motor Nak Tumbuk Warga Emas




Hon dicipta untuk jadi satu alat amaran kepada pengguna jalanraya apabila berlaku situasi yg boleh bawa bahaya, namun entah kenapa rakyat Malaysia pantang betul jika dihon.

Mungkin bagi pemandu jenis ini, jika kena hon maknanya dia telah diperlekehkan oleh pemandu lain sebagai orang yg tak reti memandu agaknya.

Tak hairanlah, ramai pemandu terutama jenis baran melampau dengan mudah menjadikan hon sebagai suis yang menghidupkan perangai samseng mereka.

Terbaharu awal bulan ini, seorang pemuda dirakam turun dari motosikal lalu beraksi ganas kepada pemandu kereta warga emas semata-mata bengang akibat dihon.

Menurut pemilik Facebook I-Ling Tay, ibunya membunyikan hon untuk meminta laluan selepas pemuda ini menunggang motosikal di tengah-tengah jalan namun tindakan itu membuatkannya bengang apabila dilihat mula menunjukkan isyarat tangan.






Setibanya di lampu isyarat, pemuda tersebut kemudiannya turun dari motosikal lalu mula memaki, menumbuk cermin kereta mereka, seterusnya menendang bumper depan untuk menunjukkan perasaan marah. Lelaki itu dikatakan hanya berhenti selepas disabarkan pembonceng wanita bersamanya.

Komen kami, tindakan lelaki ini sememangnya tak patut tapi mungkin, hanya mereka yang terlibat tahu apa sebenarnya berlaku di jalanraya pada hari tersebut.

Tapi tak kiralah apa pun yang berlaku, semua pemandu sepatutnya mengamalkan sikap tolak ansur, sabar dan berhemah.

Janganlah disebabkan hal kecil mahu menunjukkan amarah masing-masing kemudian bergaduh di jalanan seperti ini. Macam tak ada tamadun ok! – MYNEWSHUB






 

0 Komentar untuk "LOL!!!Hon Punya Hal, Penunggang Motor Nak Tumbuk Warga Emas"
Back To Top