Dalam kekalutan menghadapi banjir, bermacam-macam perkara yg tidak dijangka boleh berlaku.
Rakaman video ini adalah antara situasi yg dihadapi oleh mangsa banjir pada ketika ini iaitu melahirkan anak di rumah.
Pada hemat kami, mungkin si ibu tidak dapat dibawa ke hospital kerana jalan sudah ditenggelami air.
Namun, mujurlah ada jururawat yg membantu proses kelahiran itu.
Pada masa yg sama, kedengaran juga bunyi hujan atau arus air yang deras dalam rakaman itu.
Tak dapat kami bayangkan bagaimana perasaan melahirkan bayi dalam keadaan yang cukup menakutkan itu.
Apapun, diharapkan agar si ibu dan bayinya berada dalam keadaan yang selamat pada saat ini – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "SEDIH!!!VIDEO: Kasihan…Ibu Lahirkan Bayi Semasa Banjir Di Kelantan"