malaynews1. Powered by Blogger.

KISAH BENAR!!!Kisah Makcik Mangsa Banjir Minta Tudung Menyentuh Hati




Kisah seorang makcik mangsa banjir di Kampung Karangan, Kuala Krai, Kelantan meminta tudung daripada pasukan sukarelawan banjir menjadi viral di laman sosial.


Makcik tua itu pada mulanya berdiri ditepi jalan sambil memegang tongkat melambai ke arah pasukan sukarelawan, dan apabila mereka merapati makcik tersebut, perkara pertama yg diminta olehnya ialah tudung bagi mengantikan plastik yg menutup rambutnya.


"Benda pertama yg makcik itu minta adalah tudung. Kami ambil tudung dan bagi kepadanya, dia terus buka plastik (yg disarung di kelapa) dan pakai. Saya tidak tahan, nangis disitu juga.


"Barang yg paling dia nak adalah tudung, kain sarung. Sebab dia kata, kain yg dia pakai dah seminggu dan sudah kena air kencing malah dia juga turut meminta telekung.


"Paling akhir dia minta, ayat dia 'kalau ada sebutir dua beras, berilah' dan kami bagi keperluan yg sepatutnya pada dia" kata Nik Zahrinawati iaitu salah seorang sukarelawan yg ada ketika kejadian.



Psst: Sama-sama kita jadikan kisah ini sebagai tauladan. Disaat kita makan mewah sehingga kekenyangan, mereka disana tidur dalam kelaparan. Semoga Allah permudahkan segalanya.



WAS WAS

0 Komentar untuk "KISAH BENAR!!!Kisah Makcik Mangsa Banjir Minta Tudung Menyentuh Hati"
Back To Top