Seorang wanita memuat naik gambar daging ayam (leher) di group (Facebook) yg mendakwa sebuah pasar raya di Manjung menjual ayam tebuk.
“Terbeliak sekejap bijik mata tengok leher ayam. Tak ada kesan sembelih, tetapi ada dua lubang di kiri dan kanan leher ayam,” katanya.
Pada mulanya, wanita terbabit enggan mendedahkan nama pasar raya terbabit. Namun, setelah puas didesak oleh orang ramai, akhirnya beliau terpaksa mendedahkan juga.
Menurutnya, dia membeli ayam itu dari pasar raya Rapid.
Bagaimanapun, ramai yg menyarankan agar beliau melaporkan penemuan itu kepada pihak JAKIM, kerana bimbang orang ramai keliru dan perkara itu menjadi fitnah. - MYMEDIAHUB
0 Komentar untuk "LAGI ISU!!!Pasar Raya Jual 'Ayam Tebuk' Kepada Pelanggan"