Kisah ini diceritakan oleh seorang
ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital.
Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya
menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang, Selangor untuk
menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut.
Di luar bilik mayat itu cukup
dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga
bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan.
Saya membuka dengan hati-hati
penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil
dan berusia awal 20-an.
Allah SWT Maha
Berkuasa.
Tiba-tiba saya lihat muka
jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam.
Mulanya saya tidak menganggap ia
sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula
bertanya-tanya.
Saya terus menatap perubahan itu
dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci
Al-Quran.
Detik demi detik berlalu,wajah
jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu,barulah
ia berhenti bertukar warna.
Ketika itu wajah mayat berkenaan
tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti
terbakar.
Saya keluar dari bilik berkenaan
dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu.
Pelbagai pertanyaan timbul di
kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi?
Siapakah pemuda
itu?
Mengapa wajahnya bertukar
hitam?
Persoalan demi persoalan muncul di
fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba
saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya.
Satu lagi pertanyaan timbul, siapa
pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00
Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan
saya.
Dia berusia 60-an dan memakai baju
kurung.
"Ustaz," kata wanita
itu.
"Saya dengar anak saya
meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.
Jadi saya nak tengok
jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit
tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah
tersebut.
Saya tarik laci 313 dan buka kain
penutup wajahnya.
"Betulkah ini mayat anak mak
cik?" tanya saya.
"Mak cik rasa betul... tapi
kulitnya putih."
"Makcik lihatlah
betul-betul." kata saya.
Selepas ditelitinya jenazah
berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya.
Saya tutup kembali kain penutup
mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari
bilik mayat.
Tiba di luar saya bertanya
kepadanya.
"Mak cik, ceritakanlah kepada
saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi
hitam?" tanya saya.
Wanita itu tidak mahu menjawab
sebaliknya menangis teresak-esak.
Saya ulangi pertanyaan tetapi ia
masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan
sesuatu.
"Baiklah, kalau mak cik tidak
mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini" kata saya
untuk menggertaknya.
Bila saya berkata demikian,
barulah wanita itu membuka mulutnya.
Sambil mengesat airmata, dia
berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada
saya. Jika
dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun
dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang
baik.
Tapi..." tambah wanita itu
lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun
sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk
marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi
ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya
bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin.
Itulah yang mak cik
kesalkan." kata wanita tersebut.
Jawapannya itu memeranjatkan
saya.
Teringat saya kepada hadis nabi
bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari
wajahnya.
Mungkin itulah yang
berlaku.
Wajah pemuda itu bukan sahaja
ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.
Selepas menceritakan perangai
anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.
Dia berjalan dengan pantas dan
hilang dalam persekitaran yg gelap.
Kemudian saya pun memandikan,
mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali
ke rumah semula.
Saya perlu balik secepat mungkin
kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin
Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Selang dua tiga hari kemudian,
entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda
tersebut. Melalui nombor telefon yg diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan
Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian
persaudaraannya.
Selepas memperkenalkan diri,
saya berkata,
"Encik, kenapa encik biarkan
orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik
dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat
dengan Klang."
Pertanyaan saya itu menyebabkan
dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya.
Saya ceritakan tentang wanita
berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya,tuturannya serta
pakaiannya.
"Kalau wanita itu yang ustaz
katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun
lalu!"
Saya terpaku, tidak tahu apa yg
hendak dikatakan lagi.
Jadi 'apakah' yg datang menemui
saya pagi itu?
Walau siapa pun wanita itu dalam
erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk
memberitahu kita apa yg sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah
pemuda berkenaan bertukar hitam.
Peristiwa tersebut telah terjadi
lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.
Ia mengingatkan saya kepada
sebuah hadis nabi, yg bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan
sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama
80,000 tahun.
Bayangkanlah seksaan yg akan
dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di
dunia.
Kalau 80,000
tahun?
* Kalau rajin..Tolong sebarkan
perkara ini kepada saudara Muslim yang lain. Sabda Rasulullah SAW siapa yg
menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh
pahala walaupun sudah tiada....^_~
Sumber Dari:
www.haticlassic.blogspot.com
0 Komentar untuk "SERIUS!! Kisah Arwah Ibu Melawat Jenazah Anaknya.."