
Semasa era perang dunia ke-2
banyak kisah-kisah yg menyayat hati yang berlaku kepada mereka yang terlibat
secara langsung dengan perang. Ada yg dirahsiakan pengalaman itu dan ada juga
yang menceritakan untuk perkongsian anak-anak mereka. Kisah menyayat hati ini
juga berlaku kepada Margot Woelk. Selama lebih dari setengah abad, wanita ini
menyimpan sendiri kisah menakutkan itu dari pengetahuan dunia luar, bahkan
suaminya sendiri tidak tahu akan kisahnya itu.
Walaubagaimana pun, beberapa bulan
setelah ulang tahun nya yang ke-95, wanita yang juga merupakan seorang janda
tanpa anak ini menceritakan kisah sedihnya itu pada seorang wartawan tempatan di
Berlin.
Woelk bekerja untuk Hitler semasa
usianya masih dalam lingkungan 20 tahun. Dia bertugas bagi memastikan bahawa
semua hidangan bebas racun sebelum dihantarkan kepada Hitler. Namun, Woelk tidak
bersendirian. Dia bekerja bersama 14 tukang rasa makanan yg lain dan
kebanyakkan mereka adalah wanita muda.
“Hitler sangat paranoid yg
orang-orang British akan meracuninya. Maka, dia memerintahkan 15 orang gadis
untuk merasa makanan tersebut sebelum dia memakannya,” ungkap Woelk kepada
Associated Press pada 26.4.2013.
Selama 2 setengah tahun Woelk
bertugas sebagai tukang rasa makanan, Hitler langsung tidak pernah makan makanan
yang terdiri daripada daging.
“Dia seorang vegetarian,” kata
wanita ini. Hanya asparagus, paprika, dan sayuran terbaik yg akan dihantarkan
kepada Hitler. “Makanannya lazat dan selalu disajikan dengan nasi atau pasta,”
tambah Woelk.
Perang Dunia ke-II memaksa
orang-orang Jerman untuk memakan makanan yang sedia ada kerana berlakunya
kekurangan bahan jualan. Dalam hal ini, Woelk amat beruntung kerana boleh merasa
hidangan yg enak. Bagaimanapun, dia dan kawan-kawannya tak mampu menikmati
sajian tersebut kerana terus dibayangi ketakutan akan
diracun.
“Setiap hari, kami takut makanan
ini akan menjadi santapan terakhir kami,” kata Woelk. Meskipun bertugas sebagai
tukang rasa makanan, dia mengaku tak pernah melihat susuk tubuh Hitler secara
langsung.




Semasa tentera Soviet menyerang
Jerman, Woelk bersembunyi di Berlin, sekitar 700 km dari markas Hitler di
Rastenburg. Namun, 14 kawan-kawannya yg lain bertahan di Rastenburg. Selepas
serangan tersebut, barulah Woelk mendapat tahu bahawa mereka semua telah
ditembak mati oleh pasukan tentera Soviet.
Woelk selamat, namun pasukan
Soviet menemuinya di Berlin dan merogolnya selama 14 hari berturut-turut. “Sebab
itulah saya tak mampu mempunyai anak. Mereka telah menghancurkan segalanya,”
kenangnya.
Suaminya yg bertugas sebagai
tentera selamat dari perang, namun sudah meninggal dunia 23 tahun yg
lalu.
Woelk berusaha membina kembali
kehidupannya dan melupakan kisah pilu yang pernah dia alami. Dia cuba memadamkan
memori tersebut kerana malu dan takut diancam kerana pernah bekerja untuk pihak
Nazi, meskipun dia berkeras tidak pernah bergabung sebagai ahli atau anggota
parti tersebut.
Menjelang akhir hidupnya, barulah
Woelk berasa perlu menghapuskan memori tersebut dengan menceritakan kisahnya.
“Selama berpuluh-puluh tahun, saya berusaha menghilangkan ingatan tersebut. Namun, kenangan itu selalu menghantui saya setiap
malam,” ujarnya.
Sumber:
dairishare.blogspot.com
0 Komentar untuk "BENAR!!!Kisah Menyedihkan Wanita Tukang Rasa Makanan Adolf Hitler.."