Tasik Chagan di Kazakhstan
mempunyai panorama yang sangat indah. Rumput hijau dan batu kecil menghiasi di
pinggir tasik, airnya yang tenang juga menggoda pelawat untuk berenang. Tapi
awas, pelawat dilarang menyentuh air tasiknya!
Tasik yang berada di Kazakhstan,
Tasik Chagan jadi tempat yang perlu diberi perhatian. Tasik yang menjadi saksi
Perang Dingin di Kesatuan Soviet, tasik ini terbentuk kerana letupan nuklear dan
hingga sekarang airnya masih mengandungi radioaktif.
Ketika Perang Dingin, Kesatuan
Soviet melakukan letupan nuklear di seluruh bahagian timur laut Kazakhstan.
Tujuannya untuk menyiasat kemungkinan penggunaan tenaga nuklear untuk pembinaan,
seperti penggerudian minyak, pembuatan saluran dan takungan.
Sebanyak 156 letupan nuklear
dilakukan Kesatuan Soviet. Salah satunya adalah ujian di Chagan, Kazakhstan.
Letupan ini untuk pembuatan takungan atau tasik buatan.
Hasilnya, kawah besar hasil
letupan terbentuk. Kawah dengan keluasan 400 meter pesegi dan kedalaman 100
meter dan diberi nama Tasik Chagan atau Tasik Atomik.
Program letupan ini ternyata idea
yang buruk. Air dalam tasik jadi mengandungi radioaktif. Bahkan, jumlah
radioaktif yang terkandung mencecah 100 kali lebih banyak dari had yang
dibenarkan.
Jika dilihat, Tasik Chagan
sebenarnya mempunyai panorama yang indah. Rumput hijau dan batuan kecil di
pinggir kawah menambah indah pemandangan.
Pelawat yang ingin melihat harus
berhati-hati. Jangan sembarang menghampiri atau bahkan menyentuh air tasik, anda
boleh terkena radioaktif.
Tasik ini memang sangat
berbahaya. Kerana kuatnya radioaktif, ikan pun tak boleh hidup. Tidak hanya itu,
burung dan haiwan lain tak boleh tinggal di sana.
sumber:
papankekunci77.blogspot.com
0 Komentar untuk "PELIK!!!Air Di Tasik Ini Terlalu Bahaya Dan Tidak Boleh Di Sentuh"