Hasil kajian yg dibuat oleh seorang saintis Jepun mendapati bahawa air zam-zam mempunyai keajaiban dan kandungan airnya berbeza dengan yg lain.
Menurut Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun menjalankan kajian ke atas perubahan bentuk molekul air yg didedahkan kepada pengaruh-pengaruh positif dan negatif.
Beliau juga mendapati apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan yg berbentuk positif, air-air tersebut membentuk molekul yg berbentuk kristal indah.
Sebagai contoh, dalam salah satu eksperimen beliau, air didedahkan dengan bacaan doa agama Islam dan molekul air yg terhasil membentuk kristal indah berbentuk segi enam dengan lima cabang daun yg berkilauan indah.
Beliau turut mendapati molekul air yg terhasil menerusi eksperimen ke atas air zam-zam adalah bercabang-cabang dan berkilauan.
Beliau juga mendedahkan hasil penemuannya itu dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mac 2005 di New York.
Dalam eksperimen tersebut turut mendedahkan pengaruh unsur-unsur negatif terhadap air.
Menurut Emoto lagi, apabila air didedahkan kepada perkataan syaitan dan muzik heavy metal, kristal molekul air yg terhasil tidak mempunyai bentuk dan kelihatan hancur serta buruk.
“Ternyata, air boleh ‘mendengar, membaca dan memahami’ kata dan doa,” katanya.
Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yg terjadi kepada air yg sedang diuji itu.
Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk air zam-zam diuji dan dikenal pasti.
Uniknya, air zam-zam juga membentuk molekul yg begitu kukuh, strukturnya tidak berubah disebabkan apa jua tekanan.
Malah, kehebatan air zam-zam juga didapati mampu merakam dengan tepat gelombang warna alam yg sering bertukar pada waktu tertentu.
Dalam penyelidikan ilmiah yg dilakukan di makmal Eropah, ianya telah terbukti bahawa air zam-zam memang lain daripada yg lain.
Kandungan airnya juga adalah berbeza dengan telaga-telaga yg ada di sekitar Mekah.
Ia juga mengandungi kadar kalsium dan garam magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan membantu penyembuhan pelbagai penyakit .
Air zam-zam juga mengandungi zat fluorida yg berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yg terdapat dalam kandungan airnya.
Lebih menakjubkan lagi , tidak ada sedikitpun lumut di telaga zam-zam dan ia sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
Justeru itu, dalam perubatan Islam, penggunaan air penawar dalam rawatan adalah satu aspek penting untuk diamalkan pesakit.
Air penawar biasanya telah dibacakan Surah al-Fatihah atau ayat suci al-Quran yg berkaitan dengan penyakit dialami pesakit.
Selepas pesakit membaca ayat al-Quran, mereka dikehendaki membaca doa memohon kepada Allah untuk penyembuhan dan doa ini turut dibacakan ke air penawar.
Teori Emoto mengenai perubahan kristal molekul air jelas menerangkan kemujaraban air penawar yg didedahkan kepada bacaan ayat suci al-Quran.
Pembacaan ayat suci al-Quran ke atas air penawar menyebabkan kristal molekul air penawar berubah kepada bentuk kristal indah dan memberi kesan positif kepada peminumnya.
0 Komentar untuk "MENARIK !! Saintis Jepun Akui Air Zam-Zam Miliki Mukjizat !!"