malaynews1. Powered by Blogger.

DUNIA!! Pengacara Mulut Lancang, Joan Rivers Mati Setelah 8 Hari Koma !!





Siapa yg tidak mengenali pengacara program Fashion Police, Joan Rivers yg cukup terkenal dengan mulut celuparnya .





Namun begitu wanita yg berumur 81 tahun itu dilaporkan mati di sebuah hospital di New York semalam setelah koma sejak 28 Ogos yg lalu.





Kematiannya juga dianggap sebagai pembalasan diatas keceluparannya yg mengeluarkan kenyataan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin.





Menurut kenyataan anaknya, Melissa Rivers, ibunya dimasukkan ke Hospital Mount Sinai apabila berhenti bernafas setelah menjalani satu pembedahan yg melibatkan peti suara di sebuah klinik di New York.





Dengan dukacita saya mengumumkan berita kematian ibu saya, Joan Rivers. Dia meninggal dunia pada 1.17 petang Khamis. Keluarga serta teman rapatnya berada di sisinya sewaktu menghembuskan nafas terakhir, ” ujarnya.





Rakan selebriti seperti Whoopi Goldberg, Dolly Parton turut mengucapkan takziah di atas kematian tersebut.





Dikhabarkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut menghantar perutusan takziah di atas kematian ikon komedi yg telah menggembirakan jutaan penonton di seluruh dunia.





Rivers yang juga merupakan penyokong lantang Israel yg cukup gemar bersuara .





Dia bukan sahaja mempertahankan tindakan Israel malah dia juga menyifatkan rakyat Palestin patut mati kerana memulakan peperangan. Bukan itu sahaja, dia turut menuduh tentera Hamas sebagai pengganas dan merendah-rendahkan serta menghina penduduk Palestin sejak awal peperangan lagi .

 

0 Komentar untuk "DUNIA!! Pengacara Mulut Lancang, Joan Rivers Mati Setelah 8 Hari Koma !!"
Back To Top