Gambar skrin siaran Siakapkeli yang lalu |
Kerajaan perlu mengambil tindakan segera terhadap individu yg bertindak berani menjual pil menggugurkan kandungan di laman sosial secara terbuka tanpa menghiraukan undang-undang.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr Ma’amor Osman berkata, jika dibiarkan, golongan tidak bertanggungjawab itu akan semakin berani bertindak tanpa mempedulikan kesan kepada masyarakat.
“Heret mereka ini ke muka pengadilan supaya tidak ada lagi yg berani untuk menjual sesuka hati ubat yang boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna.
“Lagi pun sudah jelas bahawa pengguguran adalah salah di sisi undang-undang negara kita. Jadi untuk apa dibiarkan individu yg berani buat perkara yang berlawanan dengan undang-undang,” katanya semalam.
Kata beliau, menggugurkan kandungan tanpa sebab bukan sahaja salah di sisi undang-undang negara malah berdosa bagi orang Islam.
“Kalau diikutkan logiknya, golongan yg mahu gugur kandungan ini pastinya mereka yg terlanjur. Sudahlah berdosa kerana melakukan zina, mahu bertindak membunuh janin pula.
“Inilah masanya, pihak Kementerian Kesihatan, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) perlu bertindak mengesan individu yg terlibat serta melakukan rampasan kepada produk yg dijual tersebut,” ujarnya.
Dr Ma’amor turut menasihati peniaga supaya tidak mencari rezeki yg tidak halal.
“Memang kita tahu jika tidak ada permintaan, mereka tidak akan jual. Tetapi kenapa mahu berniaga untuk membantu orang melakukan dosa menggugurkan kandungan?,” katanya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan mengenai lambakan penjualan ubat untuk menggugurkan janin yg diiklankan secara terbuka melalui laman sosial.
Ada antara iklan pil itu menyebut ia 'khas untuk wanita hamil jarak dekat, terlanjur, belum berkahwin dan senang hamil'.
Paparan skrin mengenai salah satu akaun Facebook yg menjual pil itu turut tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Susulan pendedahan itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan penjualan ubat gugur kandungan masih dalam siasatan pihaknya.
0 Komentar untuk "HEBAT Berkas Penjual Pil Gugur Kandungan di Laman Sosial"