malaynews1. Powered by Blogger.

TERKINI Isteri Terlantar 5 Hari di Hospital Gara-gara Dibelasah Suami.



Suami keparat. Itu gelaran layak diberikan terhadap tindakan kejam seorang suami yg tergamak membelasah isterinya hingga menyebabkan mangsa terlantar di Hospital Sungai Buloh selama lima hari.

Mangsa yg berusia 30-an ditumbuk dan dihentak kepalanya di dinding berulang kali hingga menyebabkan kedua-dua mata mengeluarkan air mata darah.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku pada jam 10 malam baru-baru ini ketika mangsa bertengkar dengan suaminya berusia 34 tahun di kediaman mereka di Pandan Indah di sini.

Menurutnya, pertengkaran itu kemudian bertukar menjadi ganas apabila lelaki terbabit hilang pertimbangan sebelum menyerang isterinya.

“Suspek bertindak menendang, menarik rambut dan menghentak kepala isterinya ke dinding menyebabkan mangsa mengerang kesakitan.

“Tidak cukup dengan itu, dia terus membelasah mangsa tanpa henti hingga terkencing kesakitan sebelum pengsan,” katanya.

Sebelum itu, lelaki itu menumbuk muka dan mata isterinya berulang kali.

“Dia tidak mempedulikan mangsa yg pengsan sebelum beredar meninggalkan rumah berkenaan.

“Mangsa hanya tersedar kira-kira jam 7.30 pagi esoknya sebelum mengalami muntah darah selain darah turut meleleh keluar daripada matanya kesan kecederaan dipukul,” katanya.

Bimbang dengan keselamatan dirinya, wanita itu mendapatkan rawatan di klinik berhampiran kediaman sebelum dirujuk ke Hospital Sungai Buloh berikutan mengalami kecederaan teruk.

“Akibatnya mangsa terlantar di hospital selama lima hari sebelum dibenarkan keluar Jumaat lalu selepas keadaannya stabil,” katanya.

Mangsa yg bimbang dicederakan suaminya sekali lagi tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, di sini, untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

 

0 Komentar untuk "TERKINI Isteri Terlantar 5 Hari di Hospital Gara-gara Dibelasah Suami."
Back To Top