
IQRAM Dinzly mengakui datuk saudaranya adalah antara 15 anak kapal yg bertugas dalm pesawat malang itu. Iqram berkata, Kapten pesawat MH17, Wan Amran Wan Hussin adalah mempunyai pertalian di sebelah ibunya.
"Opah saya (emak kepda ibu Iqram) dan Tok Ran (Wan Amran) adalah adik beradik. Kami ada berjumpa baru-baru ini semasa saya menjalani penggambaran di Shah Alam dan dia ada menjemput saya ke rumahnya.
"Malah hujung tahun lalu kami turut menyertai perjumpaan keluarga beramai-ramai di Perak.
"Selepas MH370, saya tidak sangka kejadian hampir sama menimpa Tok Ran," katanya yg menyifatkn Wan Amran sebagai seorng yg sangat baik dan merendah diri.
0 Komentar untuk "TERKINI Datuk saudara Iqram Dinzly mangsa tragedi MH17"