malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS Ayda Jebat kahwin juruterbang



BELUM SEMPAT sampai ke hujung garisan, pelakon Ayda Jebat pernah tersungkur. Namun, dia tidak terus rebah. Awalnya dia cuba untk terjun dalm bidang nyanyian namun bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan itu bangkit semula.

Meredah lembah seni selama dua tahun, anak kelahiran Melaka itu ada perkara yg perlu dibanggakn. Bukan mahu mendabik dada, tetapi setelah apa yg dilaluinya selama ini, sekurang-kurangnya pengorbanan yg diberikn berbaloi buat dirinya.

“Alhamdulillah rezeki itu sentiasa ada walaupun saya pernah kecundang sewaktu menyertai AF dahulu. Saya anggap rezeki saya mungkin dalm bidang lakonan. Tapi banyak lagi perkara yg perlu saya pelajari dalm bidang ini,” tutur pelakon drama bersiri Ride itu.

Kini pelakon berumur 22 tahun itu mengorak langkah setapak lagi. Diberi peranan meneraju drama Rindu Awak 200%, Ayda menganggap ia sebagai satu permulaan baharu buat dirinya untk menggilap bakat yg ada dngan watak yg lebih mencabar.

“Ini kira pertama kali saya diberi peranan memegang watak utama dalm sebuah drama genre romantik. Ia satu pengalaman baharu buat saya,” katanya yg turut digandingkn dngan pelakon Zul Ariffin.

Menyentuh mengenai drama arahan sutradara Aidilfitri Mohamed Yunos itu, menurut Ayda dalm drama itu dia memegang watak seorng perempuan tomboi.

“Dalam drama itu saya memegang watak Armel Aisya di mana dia pada awalnya seorng yg agak tomboi. Bagaimanapun, selepas itu saya berkahwin dngan Zul Ariffin dalam cerita itu.

“Peliknya, saya hanya tahu yg dia itu merupakn seorng juruterbang selepas berkahwin dengannya sebab selama ini dia merahsiakn perkara itu daripada saya. Daripada situlah bermulanya pelbagai konflik dalm perhubungan kami,” kongsi Ayda.

Menyentuh mengenai gandingannya bersama Zul, ujar Ayda, dia cukup bertuah apabila pasangannya itu banyak memberi tunjuk ajar kepadanya sewaktu penggambaran.

“Saya sangat selesa dan bertuah apabila dapat berlakon bersama Zul. Dia banyak berkongsi ilmu,” katanya yg baru sahaja pulang dari Istanbul Khamis lalu kerana menjalani penggambaran drama 28 episod berkenaan.

Dalam pada itu, menurut Ayda, sepanjang Ramadan ini, dia masih belum sempat pulang ke kampung untk menyambut puasa bersama ahli keluarga di Batu Berendam, Melaka.

Selain Ayda dan Zul, drama yg ditayangkn menerusi slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam itu turut menampilkn pelakon Jonathan Putra dan Adeline Tsen.

 

Related Post:

0 Komentar untuk "ARTIS Ayda Jebat kahwin juruterbang"
Back To Top