SEMAKIN dikenali menerusi watak Inspektor Tisha dalm drama Gerak Khas musim baharu, anak kelahiran Kelantan ini juga bakal muncul dngan sebuah filem seram, Villa Nabila tidak lama lagi.
MENOLEH ke belakang sekadar untk melihat jejak kelmarin, Tisha Shamsir tidak pernah lelah meneruskn impiannya. Dua kali menyertai pertandingan bakat nyanyian menerusi Audition dan Mentor, Tisha kini beralih menjadikn lakonan sebagai penerus karier seni.
"Selesai Mentor, saya ada lagu duet dngan Ferhad, tapi tak ada rezeki, lagu itu kurang sambutan. Kemudian saya dapat satu watak kecil dalm drama Metro Skuad dan daripada situlah saya terima tawaran daripada Datuk Yusof Haslam untk masuk Gerak Khas," jelas Tisha terkenangkn zaman awal mengorak langkah ke dunia lakonan.
Pernah hampir putus asa gara-gara berasa tertipu oleh pihak yg menawarkn janji kosong, namun pemilik nama Sharnorbiah Shamsir Alam menganggap tempoh itu antara titik hitam dan ujian pertama yg berjaya diharunginya.
"Saya hampir menyerah kalah, siapa punya angkara, biarlah saya simpan sahaja demi tidak memburukkn sesiapa.
"Tapi, kalau melihat kepda usia saya yg sudah menjengah ke angka 28 tahun ini, sepatutnya saya sudah ada sesuatu yg boleh dibanggakn. Dahulu, ada juga saya terfikir nak buka kedai kek tetapi rezeki kini beralih ke bidang lakonan nampaknya membuahkn hasil, jadi saya tak mahu sia-siakan," ungkap Tisha yg mewarisi bakat seni bapanya, Shamsir Alam Mohd. Zainal, 59, yg merupakn bekas penyanyi Kombo Angkatan Tentera.
Enam bulan membawa nama Inspektor Tisha, sosok tinggi lampai dan wajah serius milik wanita kelahiran Pasir Puteh, Kelantan melayakkn Tisha menjadi pelakon tetap dalm drama bersiri kepolisan, Gerak Khas musim baharu di TV2.
"Gerak Khas buka peluang yg besar untk saya. Mula-mula agak susah untk bawa watak dan berdialog macam pegawai polis tapi lama-lama makin serasi.
TISHA SHAMSIR kini fokus terhadap lakonan memandangkn rezeki dalm bidang nyanyian belum menyebelahinya.
"Berlakon Gerak Khas menyeronokkn, banyak buka mata saya tentang apa yg berlaku di sekeliling kita. Masa kecil saya tengok Gerak Khas tetapi tak sangka sekarang giliran saya pula berlakon dalm siri berkenaan," katanya yg berganding bersama Salina Saibi, Afiq Muiz, Nizen Ayob dan Norman Hakim dalm drama yg disiarkn setiap Jumaat pukul 9 malam di TV2.
Komitmen dan dedikasi yg ditunjukkn juga membuahkn peluang kedua buat Tisha apabila dia diberi kepercayaan menggalas watak utama dalam sebuah filem berjudul Villa Nabila. Filem seram itu diarahkn oleh Syafiq Yusof.
"Datuk Yusof Haslam yg tawarkn watak itu kepda saya dan digandingkn pula dngan Pekin Ibrahim. Villa Nabila sebuah filem yg berlatarkn sebuah rumah usang yg cukup popular dalam kalangan orng Johor Bahru. Filem itu sudah pun selesai penggambaran," jelas Tisha yg sudah enam tahun berjinak-jinak dalm dunia lakonan namun hanya kerap diberikn watak tambahan.
Di sebalik penerimaan dan perjalanan lakonan yg semakin menampakkan peluang, Tisha mengakui terkesan dngan pandangan serong yg dilemparkn sesetengah pihak kepda dirinya.
"Ada orng kata saya dapat peluang berlakon dalam Gerak Khas kerana guna jalan mudah. Mereka tak tahu susahnya saya hendak berada dalm industri. Saya tak tahu apa yg mereka fikir tetapi yg sedihnya, tohmahan itu bermula daripada orang-orang yg saya kenali," getusnya optimis.
Mengetepikan cinta pertamanya, nyanyian demi lakonan, Tisha sebenarnya merancang untk tampil dngan single kedua.
"Kali ini saya pilih rentak R&B hip hop dan menggunakn khidmat komposer muda, Shazz sebagai penerbit. Lagu itu keluar daripada genre saya selama ini, tapi saya suka hendak mencuba sesuatu yg baharu," tutup anak kelima daripada tujuh beradik itu.
Sepanjang Ramadan, Tisha kini bercuti daripada lokasi Gerak Khas dan akn kembali sibuk dngan penggambaran sehabis Aidilfitri nanti.
0 Komentar untuk "BERITA Inspektor Tisha jadi sandaran"