malaynews1. Powered by Blogger.

MENARIK Baju Raya Anak-Anak Daphne Iking Inspirasi Filem 'Frozen'


Daphne memberitahu dia menjahit sendiri baju raya untk anak-anaknya.

Pelakon dan pengacara Daphne Iking memberitu dua anak perempuannya inginkn fesyen seperti digayakn oleh Puteri Elsa dan Puteri Anna dalm filem popular Frozen untk dipakai semasa hari raya nanti.

Daphne atau nama sebenarnya Dahlia Daphne Eleanor Mozes Iking, 34, berkata, demi merialisasikn hasrat kedua-dua anaknya itu dia menjahit sendiri baju tersebut mengikut permintaan anak-anaknya, Isobel Daniella dan Iman Daniella.

"Mereka berdua sangat gilakn filem Frozen sehingga mahu baju raya berinspirasikn karektor Puteri Elsa dan Puteri Anna dan nampaknya impian tersebut akn terlaksana.

"Demi kemahuan anak-anak saya sanggup mencari kain yg sesuai dan menjahit sendiri baju berkenaan supaya boleh dipakai pada hari raya nanti," katanya kepda mStar Online.

Daphne ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Geng Celepets di Restoran Andersen Publika dekat sini pada Khamis lalu.

Tambah Daphne, Syawal tahun ini dia akn pulang ke kampung halaman suaminya di Kuala Kangsar, Perak selama beberapa hari sebelum mengambil peluang bercuti di Pulau Redang untk aktiviti menyelam.

Dalam pada itu, Daphne berkata, dia bakal meninggalkn program bual bicara iaitu Bella kerana ingin keluar daripada zon selesanya sebagai seorng pengacara.

Jelas Daphne, dia tidak boleh selamanya berasa selesa dngan kedudukannya sekarang dan perlu menerokai peluang lain untk mendapatkn pengalaman.

"Selain lakonan dan pengacaraan saya ingin menerokai bidang lain seperti menulis skrip dan buku, bergelar penyampai radio dan melakukn 'stand up comedy'.

"Tidak memperbaharui kontrak bersama Bella adalah sebagai langkah pertama untk saya keluar dari zon selesa dan melakukan sesuatu yg baharu dalam karier saya," katanya.

 

Related Post:

0 Komentar untuk "MENARIK Baju Raya Anak-Anak Daphne Iking Inspirasi Filem 'Frozen'"
Back To Top