
CAHAYA di wajah tiga wanita itu bersinar bahagia. Daripada ulas senyuman dan lirikan mata, masing-masing menyatakn keterujaan. Eja Saifuddin, Betty Banafe dan Noryn Aziz masing-masing sudah melengkapi pencarian menjadi wanita sejati.
Mereka bercerita dalam nada yg sama dan ketawa mengenangkn alpanya zaman muda. Paling membahagiakn, gelombang keibuan yg sarat dalm jiwa sudah mampu dikongsi bersama.
"Cerita tentang anak sampai akhir zaman pun tidak akn habis. Sekarang corak hidup, bahasa dan lenggok pertuturan kami lebih kurang sama.
"Mungkin itu yg mengakrabkn lagi hubungan ini," ungkap Eja saat dicungkil bicaranya bersama Betty dan Noryn yg sedang menghitung detik sebelum bergelar ibu itu.
Besar hati dikunjungi Eja dan Betty untk sama-sama menceriakn suasana, Noryn sebenarnya agak mengah membawa perut. Usia kehamilan yg sudah menjengah 34 minggu itu sebenarnya memaksa Noryn menjadi kurang aktif, tetapi semangat dan tawanya masih sama.
"Kalau ikutkn hati, mahu juga saya merasa puasa di Terengganu seperti tahun-tahun sebelum ini, tapi suami kata lebih baik saya tak ke mana-mana. Insya-Allah puasa dan raya tahun depan, daripada berdua kami akn jadi bertiga," jelas isteri kepda Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad itu teruja.
Membawa bersama puteri sulungnya, Julia Claire Dargus yg baru berusia tujuh bulan, Betty Banafe pula harus mencatu waktu. Dia tidak boleh leka bercerita kerana ada ketika, anak kecil itu merengek mahu disusukn.
Begitulah suasana pertemuan tiga wanita yg berbeza fasa keibuan ini. Diajak bercerita tentang rencana sambutan lebaran yg tidak lama lagi datang bertandang, masing-masing membayangkn kemeriahan yg dilimpahi cahaya.

FASA keibuan dan bercerita dalm nada yg sama mengeratkn hubungan Eja, Noryn dan Betty.
Syawal bulan kemaafan - Eja
Setiap orng punya pengertian dan perbezaan suasana sambutan hari raya.
"Masa muda dahulu, sambut raya mesti nak berlebih-lebih. Tapi apabila sudah masuk usia 40-an, saya lebih kerap mendekatkn diri dngan majlis agama, perasaan yg lebih besar ialah sayunya hendak meninggalkn Ramadan.
"Tapi, raya tetap raya juga. Ramadan bulan untk kita memohon keampunan daripada Allah manakala Syawal bulan kita untk berjumpa dngan sanak-saudara dan sahabat-handai serta bermaaf-maafan," kata Eja.
Ibu kepada Nur Eishal, 5, itu seperti kebanyakan ibu yg lain. Sejak menjadi ibu, perkara pertama yg perlu difikirkn menjelang hari raya ialah persiapan untk anak.
"Soal persiapan hari raya, kami sebenarnya tidak pernah memakai pakaian sedondon. Suami akn pakai baju Melayu yg sudah ada dalam almari, saya pula selalu ada baju yg ditempah.
"Selalunya kami akan cari baju Eishal agar warnanya boleh dipadankn dngan baju yg kami ada," ujar Eja yg bakal menyambut raya di rumah keluarga suaminya di Ipoh, Perak tahun ini.
Tambah Eja: "Kalau raya di rumah ibu saya di Puchong, Selangor raya kami biasa-biasa sahaja sebab adik-beradik pun tak ramai, anak-anak buah pun begitu juga.
"Tetapi di Ipoh, suasananya berbeza, di sana riuhnya lain macam. Bayangkn saya sudah ada cucu saudara di sana. Ketika itu, Eishal sudah entah ke mana, dah tak lekat dngan saya lagi dah," cerita Eja.

DI mata Noryn, Eja seperti kakak yg dihormati, manakala Noryn menjadi sahabat yg selalu ada untuk Betty.
Noryn kawal selera makan
Sarat hamil pada bulan puasa, Noryn mengakui ada masanya dia tidak dapat menunaikn ibadah berpuasa dngan sempurna. Namun, kemuliaan Ramadan yg dalamnya ada malam yg mengatasi rahmat seribu bulan itu cuba digunakn sebaik-baiknya oleh Noryn.
"Saya gunakn bulan ini untk beribadat dan memohon doa agar proses kelahiran anak saya nanti dipermudahkn. Harap dapatlah juga beraya," ujar Noryn yg dijangka bersalin sekitar September nanti.
Ketika perasaan bahagia menyelubungi dada dan keterujaan menimang cahaya mata yg tidak mampu dibendung, namun, Noryn turut terkesan atas kejadian malang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17 serta serangan yg berlaku di Gaza, Palestin.
"Ramadan dan raya tahun ini buat kita berfikir. Tak habis dngan serangan di Gaza, kita dikejutkan pula dngan berita pesawat MH17 yg terhempas akibat ditembak. Mesti ada hikmah di sebalik semua kejadian itu," Noryn meleraikan keluhan di dada.
Melanjutkn perkongsian, wanita berumur 37 tahun itu juga sedikit risau apabila doktor menyarankn agar dia mengawal selera makan.
"Kalau berat badan saya melebihi berat yg sepatutnya, kandungan gula dalm darah juga naik, doktor risau saya berisiko untk bersalin secara pembedahan. Kalau boleh saya nak bersalin normal.
"Jadi, sepanjang nak raya dan raya nanti saya kena kawal selera makan. Sekarang sudah terbayang-bayang ketupat, lemang dan rendang. Harap bayi dalm perut bersabar, tunggu habis raya dulu sebelum keluar tengok dunia," lentur Noryn yg bakal berhari raya di rumah baharunya di Damansara, Kuala Lumpur tahun ini.
Raya pertama sebagai ibu - Betty
Dramatis berdarah Arab, Betty Banafe, 34, pasti mempunyai rencana Aidilfitri yg berbeza berbanding dua sahabatnya, Noryn dan Eja. Dia yg membina rumah tangga bersama Bruce Dargus, lelaki berketurunan Inggeris dan Amerika di sebelah ibu manakala berdarah Arab dan Lebanon di sebelah bapanya. Baru 18 bulan bergelar isteri, Betty kini diulit bahagia dngan kehadiran puteri sulung, Julia, 7 bulan.
"Tahun ini buat pertama kalinya saya akn beraya sebagai seorang ibu, perasaannya lain macam. Tentulah banyak persiapan untk Julia, tapi saya bersyukur sebab rezekinya cukup murah.
"Begitu juga dngan Ramadan, tahun ini juga tahun pertama saya berpuasa dngan menyusukan anak," lentur Betty, 34.
Paling disyukuri, suaminya Bruce juga sudah boleh berpuasa dngan baik.
Mengucap syukur atas anugerah paling berharga dalm hidupnya, Betty menyifatkan Julia sebagai pengikat kasih sayang antara dia dan suami begitu juga dngan keluarga mentua.
"Atas permintaan suami dan keluarga mentua juga, tahun ini, buat pertama kali dalm seumur hidup, saya tidak akn beraya bersama keluarga di Johor Bahru. Sebaliknya, saya akn beraya di Kuala Lumpur bersama keluarga mentua.
"Sedih memanglah terasa, tetapi itulah adat berumah tangga. Saya dan suami memang sedang belajar untk bertoleransi dalam banyak perkara," katanya yg sedang berkira-kira menu juadah hari raya untk dimasak di rumah mentua kelak.
0 Komentar untuk "ARTIS Cahaya lebaran Eja, Noryn, Betty"