malaynews1. Powered by Blogger.

KES Awie dapat hak penjagaan sementara anak


PENYANYI rock terkenal Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, hari ini berjaya mendapatkn hak penjagaan sementara ketiga-tiga anaknya hasil perkahwinan bersama isterinya, Rozana Misbun.

Peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yg mewakili Awie, 46, memberitahu pemberita mengenai perkara itu selepas prosiding kes itu selesai disebut di dalm kamar Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Nassir Abdul Aziz.

Mohd Zaidi berkata, anak guamnya turut memperoleh perintah injunksi supaya isterinya, Rozana, 36, tidak mendekati penyanyi kumpulan Wings itu serta anak-anaknya dalm apa jua bentuk termasuk melalui media cetak dan elektronik.

Pada 16 Julai lalu, Awie menfailkan permohonan bagi mendapatkn hak penjagaan sementara anak-anaknya dan perintah injunksi itu mengikut Seksyen 201 dan 200 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1998.

"Hakim juga membenarkn permohonan Awie supaya kedua-dua permohonan itu berkuat kuasa sehingga ada perintah lain dikeluarkn," kata peguam itu.

Mohd Zaidi juga berkata, Hakim itu memberikn Rozana hak melawat anak-anaknya dua kali sebulan iaitu pada minggu pertama dan ketiga selama dua jam bagi setiap sesi lawatan di rumah yg didiami Awie dan anak-anaknya.

Selain itu, Mohd Zaidi memberitahu anak guamnya itu turut memfailkn permohonan bagi hak penjagaan kekal ketiga-tiga anaknya.

Beliau berkata, mahkamah menetapkn 6 Ogos ini untk sesi 'Sulh' yg Awie dan Rozana perlu hadir pada sesi itu bagi menyelesaikan hak penjagaan anak-anak mereka.

Sesi 'Sulh' adalah satu daripada alternatif yg efektif kepda mana-mana pasangan selain kaedah perbicaraan dan timbangtara untk mendapatkn penyelesaian rumahtangga.

Awie yg hadir ke mahkamah dengan ditemani dua rakannya ketika ditanya mengenai perkara itu, enggan mengulas lanjut mengenainya tetapi dngan tenang dan tersenyum berkata: "Tunggulah sehingga kesemua kes itu selesai".

Penyanyi rock itu bernikah dngan Rozana di Songhkla, Thailand pada 20 Jun 2005 dan dikurniakn tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Pada 4 Julai lalu, Awie, pelakon utama filem 'Zombie Kampung Pisang' dan 'Hantu Kak Limah' didakwa dngan sengaja menyebabkn kecederaan parah ke atas Rozana, di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari.

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yg memperuntukkn hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakn denda, jika sabit kesalahan.

 

0 Komentar untuk "KES Awie dapat hak penjagaan sementara anak"
Back To Top