malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA Bekas Pengurus Mahu Lupakan Sengketa Dengan Zizan Razak



Marina berharap semua masalah yg berlaku diantaranya dan Zizan dapat diselesaikn secepat mungkin.

Rakan kongsi dan bekas pengurus Zizan Razak iaitu Marina Juki berharap hubungannya dngan pelawak itu kembali jernih bersempena kedatangan Syawal selain melupakn segala persengketaan yg pernah berlaku di antara mereka.

Marina berkata, sebagai individu paling rapat dengannya sebelum ini dia tidak mahu mensia-siakn persahabatan mereka dan berharap hubungan itu akn kembali jernih.

"Saya bukan sahaja menganggap dia sebagai teman baik tetapi juga seperti adik. Susah senang kami bersama sebelum ini, bagaimana saya boleh lupakn persahabatan kami begitu sahaja.

"Jauh disudut hati saya sangat berharap dngan kedatangan bulan mulia ini kami dapat berbaik dan melupakn segala sengketa yg berlaku," katanya kepda mStar Online.

Marina ditemui ketika majlis berbuka puasa bersama 30 anak yatim dari Sadakah Ehsan Puchong di Tierra Crest Kelana Jaya di sini pada malam Sabtu lalu.

Ia turut dihadiri oleh barisan artis terkenal seperti Kilafairy, Tania Hudson, Rohana Jalil, Kaka, Johan As'ari dan Zara Zya.


Zizan Razak.

Bagaimanapun kata Marina, dia tidak lagi berminat untk menguruskn kerjaya Zizan dan berharap akn kembali rapat dngan Zizan sebagai kawan sahaja.

"Dunia hiburan ini kecil. Pusing-pusing tetap akn bertemu juga. Jadi buat apa saya hendak bermusuh dngan dia?

"Tetapi untk kembali menguruskn kerjaya seninya... cukuplah setakat lima tahun ini dan dia pun sekarang diuruskn dngan baik oleh pengurusan baharu," jelasnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perkembangan terbaharu konflik dalaman syarikat Wirefame, Marina berkata, Zizan telah bersetuju untk bertemu dengannya dan berharap masalah tersebut dapat diselesaikn secara baik.

"Pihak peguam saya telah mendapat maklum balas daripada pihak Zizan dan Insya-Allah kami akn bertemu dalam minggu ini untk berbincang bagi menyelesaikn kemelut yg timbul sejak beberapa bulan yg lalu.

"Insya-Allah jika ada hasil yg baik daripada perbincangan itu saya sendiri akn beritahu kepda pihak media nanti," katanya.

 

0 Komentar untuk "BERITA Bekas Pengurus Mahu Lupakan Sengketa Dengan Zizan Razak"
Back To Top