malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS Sherry Tertekan Peminat Kritik Dirinya Kendali Melodi

Pengacara Melodi yg baharu iaitu Sherry Alhadad meminta agar penonton tidak terus memberi kritikan negatif selepas dia dan Zulin Aziz terlibat mengendalikn rancangan itu bersama Awal Ashaari.


Sherry Tertekan Peminat Kritik Dirinya Kendali Melodi

"Tipulah kalau saya kata tidak kecil hati dngan komen dan kritikan penonton terhadap kami, sehingga saya fikir teruk sangatkah saya mengacara?

"Bagilah kami masa dan peluang untk memperbaiki diri, ini baru tiga minggu kami bersama dan saya yakin lama kelamaan ia akn lebih baik,"

Sherry berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kritikan di media sosial tentang gandingan baharu program Melodi bagi menggantikn Zizan Razak iaitu Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz.

Sementara itu, Sherry mengakui gandingan mereka memberi cabaran besar apabila negara digemparkn dngan pemergian Biduanita Datuk Sharifah Aini dan nahas pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH17.

Katanya, episod itu memerlukn mereka sentiasa berhati-hati agar tidak terlepas cakap yg boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak.

"Dua episod awal ini sangat mencabar apabila berhadapan situasi yg sangat sensitif, kami perlu jaga percakapan dan tidak boleh terlepas lawak yg tidak kena tempat.



"Jadi pada episod MH17 Ahad lalu, kami memang tidak banyak cakap kerana sentiasa fikir apa yg perlu dicakap yg tidak menyentuh perasaan mana-mana pihak sehingga akhirnya tidak terkeluar apa yg hendak dicakap itu.

"Nasib baik Awal banyak pengalaman tentang itu, saya tahu ada yg komen kata kami tidak banyak cakap dan tiada fungsi pada minggu itu," katanya.

Sherry berkata, dia akui seorang pengacara yg baik perlu bersedia untk berhadapan dngan sebarang situasi sekalipun.

Katanya, biarpun agak kecewa dngan kritikan yg diberikan, namun dia mengambil perkara itu sebagai cara untk memperbaiki diri.

"Kalau boleh saya tidak mahu baca komen mereka sebab ia beri unsur negatif  tetapi bila fikir balik, saya kena baca juga untk saya perbaiki diri menjadi lebih baik," katanya.

0 Komentar untuk "ARTIS Sherry Tertekan Peminat Kritik Dirinya Kendali Melodi"
Back To Top