NINA dan Noh memberitahu, Ramadan ini memberi mereka peluang menunaikn solat sunat tarawih di masjid yg berbeza-beza selain menambah ketakwaan kepada Ilahi sepanjang bulan mulia ini.
MEMASUKI tahun ketiga menyambut Ramadan bersama selepas bernikah pada 1 Julai 2011, Shazrina Tan Sri Azman atau lebih mesra disapa Nina dan juga suaminya, Noh Salleh menganggap pengisian Ramadan mereka tahun lalu begitu berbeza.
Beza yg dimaksudkn apabila pasangan ini lebih banyak mengabdikn diri di masjid menunaikn solat sunat tarawih selain menyambut bulan mulia itu dngan aktiviti-aktiviti ibadah.
Bukan sahaja ketika Ramadan, Nina melanjutkn pengabdiannya menjadi Muslimah sejati apabila mengambil keputusan memakai hijab selepas menunaikn haji sekitar Oktober tahun lalu. Bahkn, perubahan Nina itu turut memberi kesan kepada Noh apabila vokalis kumpulan Hujan itu mengakui lebih banyak mendekatkn diri kepada Tuhan selain melaksanakn ibadah Ramadan dngan sempurna pada tahun lalu.
Untk tahun ini, pasangan itu mahu Ramadan mereka diisi dngan lebih sempurna berbanding Ramadan tahun lalu.
"Ramadan tahun lalu benar-benar merubah hidup saya. Semuanya kerana Nina yg banyak mendorong saya," ujar pemilik nama sebenar Mohammad Noh Salleh itu ketika menjayakn sesi fotografi bersama Kosmo! sempena Ramadan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Memasang beberapa matlamat sempena bulan Ramadan ini, kongsi Nina pula, dia berhasrat mendirikn solat sunat tarawih sebanyak yg mampu.
Malah, penyanyi berusia 34 tahun itu juga berhasrat untk menghafal sebanyak mungkin ayat-ayat al-Quran dan memahami maksud pada ayat tersebut.
"Alhamdulillah, bulan Ramadan bulan yg sangat istimewa sebab kita boleh buat tarawih di merata-rata masjid. Lebih istimewa, pada tahun ini juga penceramah terkenal dari Zimbabwe, Mufti Ismail Menk datang ke Malaysia. Beliau akan beri tazkirah setiap hari bermula 28 Jun di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.
"Insya-Allah, saya akn ke masjid tersebut menunaikn solat tarawih dan mendengar tazkirah beliau. Selain itu, saya juga ingin menghafal lebih banyak ayat-ayat al-Quran dan memahami makna di sebalik ayat-ayat tersebut," ulasnya.
Biarpun Noh mahupun Nina sibuk dengan jadual kerja masing-masing, namun pasangan popular itu sentiasa mencari peluang untk berbuka bersama.
Tidak membeli juadah di bazar Ramadan, Noh mengakui lebih senang membelinya di gerai Studio 5 yg terletak di Jalan Ampang, Selangor.
Bukan tidak selesa ke bazar Ramadan, jauh sekali memperlekehkn makanan-makanan yg dijual di situ. Sejujurnya, Noh tidak mahu larut dalm nafsu membeli pelbagai juadah yg lebih daripada kehendaknya sendiri.
"Bagi saya, bazar Ramadan itu boleh membuatkn kita lupa diri kepada tujuan utama mengapa kita perlu berpuasa. Kita akan fikir hendak beli pelbagai makanan dan akhirnya membazir.
"Kami hanya berbuka secara sederhana. Sekadar beli nasi bungkus di Studio 5. Memang saya hadkn kepada diri sendiri dan juga kepada Nina jangan beli lebih daripada apa yg kita mampu makan," luahnya.
Tidak hanya berbuka berdua, pasangan itu juga meluangkn masa untk menjalani ibadah puasa bersama keluarga dan teman-teman.
"Kami akan berbuka puasa dngan keluarga atau teman-teman beberapa kali sepanjang bulan Ramadan. Selepas berbuka kami akn bersama-sama mendirikan solat tarawih," ujarnya yg lebih meraikan sambutan Ramadan berbanding Aidilfitri.
Raya lama di Sarawak
Beraya sebagai suami isteri untk tahun ketiga, tahun ini Noh akan beraya di rumah keluarga Nina di Ampang dahulu sebelum pulang ke kampung halamannya di Miri, Sarawak pada malam pertama raya.
"Tahun lepas balik Sarawak beberapa hari sebelum raya. Kali ini, raya pertama kami adalah di Ampang. Masalahnya, raya di rumah keluarga Nina sekejap sahaja. Malam raya pertama itu kami sudah balik ke Miri pula," ungkap Noh.
Mengukuhkn penjelasan Noh, Nina memberitahu, raya di Selangor tidak begitu meriah seperti di Sarawak. Disebabkan itu, dia tidak kisah untk beraya lama di rumah keluarga Noh.
"Raya pertama di Ampang cuma meriah pada hari pertama sahaja. Raya pertama itu kami sudah menziarah semua sanak saudara dan raya kedua sudah tiada apa-apa yg ingin dilakukn. Sebaliknya, raya di rumah keluarga Noh cukup meriah. Suasana meriah itu berlanjutn sehingga tujuh hari," jelas Nina dngan teruja.
Tanpa berselindung juga, Nina mengakui tidak pernah memasak untk juadah hari raya kerana juadah-juadah tersebut akn disediakn oleh saudara-maranya.
Menekadkn hati untk memasak juadah raya buat Noh suatu hari nanti, Nina turut berkongsi juadah raya yg terdapat di rumah keluarganya.
"Setiap tahun di rumah mak saya akn disediakn rendang, lontong, ketupat dan sambal lontong manakala di rumah Noh pula setiap tahun menunya berbeza.
"Kadangkala mak Noh akan masak spageti untk juadah hari raya dan ada juga juadah laksa Sarawak termasuk pelbagai jenis kek lapis dan biskut," cerita Nina yg tidak lagi terlibat dalm aktiviti seni.
Tidak menjayakan mana-mana persembahan, Nina memberitahu, fokusnya kini adalah kepada perniagaan busana Muslimah iaitu Madeena.
"Saya juga sibuk dengan kelas-kelas ibadah. Kami juga baru berpindah ke rumah baharu di Ampang dan perlu menyusun atur barang-barang di kediaman kami. Dngan izin Allah juga mungkin selepas ini kami dikurniakn dngan cahaya mata," luahnya.
Sudah mencuba sejak tahun lalu, bagaimanapun rezeki tidak memihak kepada pasangan ini untk memperoleh cahaya mata.
"Perancangannya sejak dari tahun lepas lagi, cuma tidak diberi peluang dan rezeki. Ada sebabnya yg tidak dapat kami kongsikn," luah Noh yg akn melancarkn album solonya yg berjudul Angin Kencang pada bulan Ogos depan.
Peribadi Nina
Dalam pada itu, Mizz Nina juga berkongsi pengembaraan rohani dan pengalaman yg dilaluinya ketika di New Zealand dalm program Always A Traveler - Reclaim Your Heart.
Program tersebut memuatkn suntingan ceramah daripada penceramah dan penulis buku popular, Reclaims Your Heart iaitu Yasmin Mohaged.
Teruja dan terharu dapat bertemu dngan Yasmin, Nina telah menceritakn kepada wanita hebat itu mengenai perubahan yg sedang dilalui dalm hidupnya.
"Saya menyingkap mengenai punca transformasi saya. Antaranya, pertimbangan yg perlu dibuat, pergolakan perasaan yg hadir dan intelektual yg dialami.
"Penonton juga dapat menikmati pemandangan kota Queenstown, New Zealand yg sangat memukau di sepanjang program ini," jelas Nina.
Tidak hanya luahan emosi, Nina juga beroleh ilmu daripada Yasmin dngan lebih mendalam tentang bagaimana untk dia hidup supaya tidak terjebak dngan perkara-perkara yg tidak sihat.
"Selama tujuh hari di sana, saya banyak meluangkn masa dengan Yasmin. Saya pelajari lebih banyak tentang Islam. Apa yg menyentuh hati saya apabila kata-kata yg disampaikn kepada saya terus menangkap ke hati," luah Nina yg bakal membuka sebuah butik dan kafe di Galeri Empire Damansara.
Program Always A Traveler - Reclaim Your Heart telah mula ditayangkn sejak 5 Julai lalu, setiap Sabtu dan Ahad di Astro Maya HD (saluran 135).
0 Komentar untuk "HIBURAN Pengisian rohani Ramadan Noh, Nina"