ADA dua rezeki yg datang bertamu buat Datin Paduka Umie Aida pada Ramadan kali ini. Kedua-duanya cukup besar, malah ia memang tidak datang buat semua orng. Kecuali yg dikehendaki-Nya.
Salah satunya bersifat rohaniah manakala satu rezeki lagi bersifat material.
Umie bagaimanapun membuat keputusn bahawa salah satu daripada rezeki yg diberi Tuhan itu perlu ditolak manakala satu lagi rezeki yg dikirim kepadanya memang sudah lama dinanti. Ini cerita rezeki Ramadan Umie.
Hijab
Sebaik bermula Ramadan pada 29 Jun lalu, ia menjadi detik paling bermakna buat aktres terkenal itu apabila dia mula berhijab. Satu gerak hati yg datang secara semula jadi.
Beritahu Umie, memang sejak setahun lalu selepas konsisten menghadiri usrah dan kelas mengaji, hatinya sudah terpanggil untk berhijab. Sementelah, usianya juga bukan lagi muda dan sudah pernah dilaluinya kehidupan yg tidak semua serba enak.
Setiap kali ada yg menegur bila dia akan berhijab, sekerap itu jawapannya, ‘Insya-Allah, dalam masa terdekat’ yg pada akhirnya menjadi satu doa sehingga Sang Pencipta benar-benar memberi dia peluang mencari jalan baharu untk memperbaiki dan memperkemas diri pada Ramadan pertama tahun ini.
“Alhamdulillah, dngan izinNya saya berhijab. Ia (berhijab) terjadi secara semula jadi. Saya sendiri tidak sedar kerana apa yg saya tahu, selepas solat tarawih pada malam pertama Ramadan, pada sebelah siangnya saya terus rasa nyaman dngan hijab.
“Keinginan itu datang dngan sendiri dan saya fikir inilah detik yg telah Tuhan tetapkan buat saya untk akhirnya berhijab seperti sering saya katakn sebelum ini bahawa saya memang benar ingin berhijab cuma tidak tahu bila ia akan terlaksana,” ujarnya saat ditemui pada majlis berbuka puasa dan solat tarawih di kediamannya bersama anak-anak tahfiz Darul Quran dari Keramat.
Ujar Umie, keputusan yg diambil itu juga tidak diketahui oleh ahli keluarganya sehingga pengakuan tersebut disiarkan pada Ahad lalu. Secara peribadi, dia mengaku biar proses itu berlangsung semula jadi tanpa perlu dihebahkn terlalu awal.
“Namun saya fikir, apa salahnya jika perkara yg baik seperti ini kita kongsikn. Cuma, pada awal berhijab saya kira biar saya selesaikn dulu urusan saya dngan Dia,” katanya lagi.
Ditebak tentang banyak penghijrahan dalm kalangan rakan artis wanita selain Umie pada Ramadan ini yg dilihat segelintir pihak sebagai satu trend, Umie memberi jawapan yg cukup realistik.
Katanya: “Jika ia ditujukan kepada saya secara peribadi, saya suka untk menjawab saya tidak mempunyai kepentingn untk menjawab soalan ini. Terpulang kepada pemikiran masing-masing untk melabel ia sebagai satu trend atau itu memang niat yg baik.
KONGSI REZEKI... Sudah menjadi suatu rutin, Umie akn memanggil anak-anak tahfiz datang berbuka puasa dan solat tarawih di kediamannya pada bulan Ramadan.
“Bagaimanapun, jika melihat ia dalm konteks umum, ia merupakan hak masing-masing untk tidak berhijab atau sebaliknya. Dan saya kira apa yg penting ialah niat kita, diketahui oleh Allah sebab manusia akan terus bercakap sama ada ia perkara yg baik atau tidak baik.”
Dengan tegas juga, kata Umie, fasa baharu yg sedang dilaluinya bukan untk membuktikan bahawa dirinya sudah sempurna, sebaliknya kesempatan yg diberi Tuhan ini sebenarnya memberi peluang buatnya memperbaiki diri dan memperbetul khilaf lalu.
Pulang RM80,000
Sementara bercakap tentang kariernya pula, Umie yg akan terbabit dngan pementasan teater Bahayanya Wanita di Singapura pada 16 Ogos depan di The Star Theater mengaku, dia yg sudah terkenal begitu selektif dalm ‘bermain’ di layar sebelum ini akan menjadi lebih selektif bagi menjaga batas.
Katanya: “Saya akui, selepas ini saya akn lebih selektif dan terhad dalm berlakon. Saya hanya akan ambil tawaran jika saya selesa dan rasa ia bersesuaian. Jika tidak, saya tidak ada masalah untk melepaskannya.”
Populariti seorang Umie Aida dalm dunia hiburan juga telah membuat banyak pihak mengintai peluang untk menjalin kerjasama dngannya.
Diketahui mempunyai reputasi yg baik dalm bidang seni, Umie menerima rezeki baharu pada 4 Julai lalu apabila dipelawa untk terbabit dngan aktiviti amal dan kebajikan untk membantu anak-anak yatim dan golongan susah oleh sebuah syarikat yg dikenali sebagai YSLM.
Pada awalnya dia telah bersetuju untk berbakti kepada golongan tersebut, namun atas sebab-sebab tertentu, dia menarik balik keputusan itu.
Lebih menarik, Umie tidak mudah gelap mata apabila memulangkn semula wang tunai sebanyak RM80,000 yg diberikn pada pertemuan tersebut sebagai tanda sagu hati kepadanya pada keesokan hari.
Diusik tindakannya itu dilihat sebagai menolak rezeki, kata Umie: “Saya percaya rezeki ada di mana-mana. Saya terpaksa menolak pelawaan yg satu ini atas sebab peribadi yg tidak boleh saya kongsikan.
“Sebab itu, sebaik membawa pulang RM80,000 itu dan saya juga belum lagi menandatangani sebarang kontrak, jadi saya harus segera membatalkn hasrat tersebut supaya saya tidak menyusahkn mana-mana pihak.”
Justeru, sebaik memulangkn wang tersebut, Umie meminta jasa baik kepada pihak-pihak yg mengambil gambar-gambarnya pada hari berkenaan agar tidak menggunakn gambar tersebut untk kepentingan syarikat.
“Ini kerana saya ingin tegaskn di sini saya bukan artis atau duta YSLM. Sekiranya gambar-gambar saya digunakn saya tidak teragak-agak untk mengambil tindakan undang-undang.
“Sehingga hari ini, saya hanya duta kepada Phytosience Stemcell dan masih setia bersama mereka,” katanya bersungguh.
0 Komentar untuk "ARTIS Rezeki Ramadan Umie Aida"