malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS Nora Danish & Nedim Belajar Kenali Keburukan


Pasangan ini mengakui sedang mengenali sikap dan sifat buruk masing-masing dalm mengukuhkn lagi hubungan cinta mereka.

Pelakon Nora Danish mengakui dia dan kekasihnya, Nedim Nazri sedang belajar untk menerima keburukan masing-masing dalm mengukuhkn lagi keserasaian hubungan mereka.

Nora, 32, berkata, fasa itu penting kerana mereka perlu menerima sikap buruk yg ada supaya ia tidak menimbulkn masalah lain sekiranya mereka berkahwin kelak.

"Dalam sesuatu perhubungan tidak cukup dngan menerima sifat dan sikap yg baik-baik sahaja mengenai pasangan kita tetapi perlu juga mengenali sikap buruk.

"Menerusi cara itu kami dapat mengukuhkn lagi keserasian apabila masing-masing dapat menerima sikap buruk dngan hati terbuka," katanya



Nora ditemui pada majlis berbuka puasa bersama AirAsia di Hotel Mandarin Oriental di sini pada malam Isnin lalu.

Dalm pada itu, Nora menafikn kononnya dia dan Nedim sedang melakukn persiapan perkahwinan seperti mana dilaporkn dalm beberapa blog.


Nadim dan Nora mahu majlis perkahwinan sederhana.

Bagaimanapun kata Nora, mereka ada bercakap mengenai soal perkahwinan dan masa depan namun ia sekadar perbualan biasa sahaja.



"Jangalah percaya dngan apa yg anda baca di blog kerana kami tidak ada apa-apa persiapan pun lagi tetapi ada la kami bersembang mengenai masa depan. Itu pun sekadar perbualan biasa sahaja.

"Keluarga kami juga tidak mendesak untk cepat-cepat kahwin dan harap-harap peminat mendoakn kebahagian kami," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai majlis perkahwinan impiannya, Nora berkata, dia mengimpikn sebuah majlis perkahwinan ringkas dan sederhana memandangkn dia dan Nedim pernah melalui kegagalam dalm perkahwinan masing-masing sebelum ini.

Malah kata Nora, mereka mahu mendahulukn perkara wajib sahaja dan tidak mengimpikn sebuah perkahwinan mewah dan besar-besaran.

"Insya-Allah sekiranya kami bertemu jodoh saya mahu majlis yg ringkas sahaja kerana rasanya tidak perlu buat persiapan yg terlalu mewah kerana kami masing-masing pernah berkahwin sebelum ini," jelasnya.

0 Komentar untuk "ARTIS Nora Danish & Nedim Belajar Kenali Keburukan"
Back To Top