
ADA transisi berbeza kepada penyanyi berbakat ini. Untk kali ini, langkahnya dalm dunia hiburan tanah air tampak sedikit laju.
Malah tidak keterlaluan kalau dikatakn Najwa Mahiaddin kini semakin berani untk keluar, meneroka dan mengenal dunia hiburan tempatan selepas dilihat tidak begitu menyerlah menerusi karya sulungnya Innocent Soul .
Biarpun namanya meniti di bibir peminat ketika pertama kali memperkenalkn diri dalam dunia seni dngan seleksi lagu antaranya Got To Go dan Impian Terindah, untk seketika kehadiran gadis berusia 28 tahun ini dalm arena muzik negara agak kabur.
Menyedari dia perlu hadir dngan menjawab mengapa keadaan itu berlaku, Najwa ternyata sudah bersedia. Memandangkn pelajaran menjadi komitmen utamanya waktu itu, Najwa akur menjalani kehidupan seorng pelajar sarjana muda di Kolej Muzik Berklee, Boston, Amerika Syarikat (AS) selama tiga tahun.
"Ini bukan soal saya tidak berani atau tidak bersedia untk memberi tumpuan kepada kerjaya seni. Jangan pula salah anggap saya tidak mahu bertemu dngan mana-mana media dan enggan menerima publisiti.
"Sebagai artis tidak mungkin saya menolak publisiti kerana saya tahu kepentingannya untk kerjaya seni saya namun tugas sebagai pelajar membataskan saya untk kerap muncul di media.
"Meski berulang-alik dari AS ke Malaysia, waktu yg ada untuk saya berada di sini agak terhad. Jadi saya utamakn keluarga dahulu. Sebab itulah saya tak dapat memenuhi permintaan teman-teman media yg mahu memberi publisiti untk saya di akhbar atau majalah," katanya.
Menolak andaian bahawa dia bersikap memilih kasih dan hanya mahu bekerjasama dngan media tertentu untk tujuan promosi, Najwa menganggap perkara itu tidak wajar dijadikan isu.
"Macam saya katakn, waktu terhad. Dan ya, saya selektif. Tetapi tidaklah sampai memilih kasih. Selektif yg saya maksudkn adalah dari segi komitmen.
"Kalau boleh saya tak mahu hampakn permintaan media cuma saya memang tak sempat buat sesi fotografi. Harap-harap tiada yg salah faham atau berkecil hati. Apa pun, saya sebenarnya sudah cuba yg terbaik," katanya.
Telah sebulan kembali ke Malaysia, anak ketiga daripada empat beradik ini mengakui, dia kini sedang menyusun atur strategi muziknya.
"Kalau segalanya berjalan lancar saya akan memberi sepenuh perhatian untk perkembangan muzik saya di sini dan di luar negara," katanya lagi.
Tuduhan yg merimaskan
Menyelami hati Najwa, penyanyi pelapis genre soul & blues ini sebenarnya sudah cukup masak dngan pertanyaan dan kaitan diri dengan profil tinggi kedua-dua ibu bapanya.
Najwa tidak terlepas daripada usikan tipikal dan nakal yg mengandaikan dia mampu mengukir kejayaan pada hari ini kerana sokongan dan pengaruh besar daripada keluarganya.
"Selalu sangat saya dituduh begitu. Jujur saya katakn, kadangkala rasa rimas juga apabila sering diusik begitu. Tapi saya selesa ambil langkah untuk berdiam diri kerana saya percaya pada kebanyakn waktu, berdiam itu lebih baik daripada kita penat berbicara panjang," ujarnya.
Berkongsi cerita kata Najwa, dia hairan melihat sikap sesetengah masyarakat yg suka mengaitkan hal begitu berbanding berbicara soal kerjayanya.
"Pernah berlaku peminat berkongsi video muzik saya di Facebook atau Twitter dan sebagainya. Mereka kongsi mungkin sebab suka dngan lagu tersebut. Tetapi yg menghairankn saya, ada pula orng yg komen di video muzik itu dan kaitkan dngan bapa saya.
"Paling kelakar mereka kaitkan saya dngan politik dan menganggap saya juga pandai berpolitik sama seperti bapa. Ingin saya tekankn, walaupun bapa adalah ahli politik tidak semestinya saya perlu ikut jejak langkah dia.
"Saya di sini sebagai penyanyi dan berusaha untk mengembangkan muzik saya. Kadangkala saya fikir macam tak masuk akal mereka nak cakap pasal politik dngan saya," katanya.
Mengaku dia pada awalnya agak skeptikal apabila asyik dihujani dngan pertanyaan, kritikan dan sindiran yg serupa kini dia sudah lali dan boleh tertawa mengendalikan ?permainan? lucu itu.
Rendah diri
Dalm pada rimas dngan keadaan itu, Najwa bagaimanapun terharu apabila ada yg menyifatkan dia antara artis yg masih berpegang dngan budi bahasa dan santun orang Melayu.
Sentiasa dilihat sebagai individu yg gemar bersikap rendah diri kata Najwa, dia sudah biasa begitu lantaran dididik sejak kecil untk menjadi individu yg tidak ego dan sombong .
"Yang orng lihat memang itulah karakter diri saya. Kami sekeluarga sebenarnya menjalani kehidupan macam orng lain.
"Namun saya faham andai kata ada yg hadir dngan persepsi kurang senang terhadap diri saya, itu pastinya kerana mereka tidak mengenali siapa diri saya yg sebenar.
"Saya tidak pernah mencanang-canang siapa keluarga saya. Malah saya berkawan dngan sesiapa sahaja. Saya lebih senang jika mereka kenali saya kerana saya. Bukannya kerana siapa orang tua saya," ujarnya.
Eksperimentasi Seri Mersing
Punya bakat yg berpotensi besar, selepas tiga tahun terperuk dalm dunia buku dan pembelajaran ilmiahnya di kolej, Najwa lega kerana EP berjudul Aurora kini telah dipasarkn.
Antara bukti komitmen seriusnya dalm bidang muzik, Najwa punya visi dan misi tersendiri dalm merubah pandangan peminat yg selesa mengenalinya dngan genre retro, soul dan R&B sebelum ini.
Tidak menolak bahawa itu adalah satu eksperimentasi berani daripadanya kata Najwa, Aurora memperlihatkan transisi imejnya yg lebih matang dan segar.
"Kesemua lagu dalm EP tersebut menyaksikan permainan eksperimen genre elektronik dan R&B. Pertembungan muzik ini adalah sesuatu yg baru dan saya sedar tidak semua orang boleh dngan mudah menerimanya terutama orang Malaysia.
"Tetapi saya suka mencuba. Sebab itu saya pilih Seri Mersing sebagai salah satu eksperimen lagu yg menyaksikn pertembungan elektronik dngan irama tradisional," katanya yg bernaung di bawah syarikat rakaman Nada Biru Muzik.
Bagaimanapun akuinya secara peribadi dia terkejut kerana sambutan terhadap lagu Seri Mersing agak memberansangkan dan punya peminatnya yg tersendiri.
"Paling saya tak sangka daripada cuma sebuah lagu projek tugasan di kolej kini dijadikan antara buah tangan baru untk peminat saya menerusi EP Aurora," katanya yg juga punya perancangan untuk muncul berkolaborasi bersama adiknya, Farhan Yassin Mahiaddin untk satu projek lagu yg akan dilancarkan selepas raya nanti.
Mahu peminat berfikiran terbuka menerima naskah Seri Mersing dalm pertembungan dua genre berbeza tersebut, Najwa bersedia untk menerima sebarang kritikan mengenainya.
Pun begitu tidak mahu peminat melatah terlalu awal Najwa memberitahu, niatnya cuma mahu mengangkat sesuatu yg segar dalam irama tradisional Melayu dan melihat sejauh mana strategi eskperimentasi sedemikian mampu mengubah corak penerimaan muzik Melayu terhadap generasi baru.
0 Komentar untuk "BERITA Najwa Mahiaddin: Tidak Pilih Kasih"