
"SAYA sudah bersedia untk berkahwin." Demikian tegas Mila Jirin kepada Pancaindera baru-baru ini. Biarpun masih berteka-teki tentng calon suami, Mila tidak menolak tanggapan bahawa ketika ini dia sedang mengenali hati budi seorang lelaki berstatus ahli perniagaan yg sudah lama dikenalinya.
Bagi Mila, perkenalan antaranya dngan lelaki tersebut sudah berlanjutan sejak awal kemunculannya dalm industri seni tetapi mereka mula menjalinkan hubungn serius sejak setahun lalu.
"Macam-macam cerita yg timbul berkaitan dngan hal peribadi saya sejak dulu lagi. Kalau nak ikutkan bukan sekali dua orng menuduh saya dibela oleh sugar daddy dan sebagainya.
"Malah cerita-cerita karut yg disebaran oleh pihak tidak bertanggungjawab ini telah lama berlaku. Ada kala saya sendiri rasa kurang senang kerana masih ramai yg mempercayai berita tak benar itu.
"Itu juga menjadi antara sebab mengapa saya tak mahu terlalu kerap mencari publisiti macam dulu. Rasa trauma itu masih lagi ada apabila orng berterusan menuduh yg bukan-bukan tentng saya.
"Paling menyakitkn apabila cerita tersebut tak pernah habis diperkatakn sampai hari ini," jelasnya satu persatu.
Masih enggan mendedahkn secara terperinci lelaki yg bertakhta di hatinya, Mila seboleh-bolehnya enggan memberikn apa-apa janji kepada peminat tentng hari bahagianya yg dirancang tahun depan. Baginya jika perkara tersebut tidak dapat ditunaikn mengikut apa yg dirancang, sudahnya yg menanggung malu adalah dirinya sendiri.
"Antara saya dan lelaki tersebut memang serius tetapi kami masih lagi belum sampai ke tahap nak meletakkn tarikh kahwin dan sebagainya. Cuma hubungan itu semakin rapat dari sehari ke sehari.
"Semuanya masih dalm perancangan dan saya perlu mempersiapkn diri jika jodoh itu datang bila-bila masa sahaja," jelasnya lagi.
Labur wang
Jatuh bangun dalm bisnes bukan perkara baru bagi penyanyi yg pernah popular dngan lagu Persis Mutiara ini. Jika ada yg masih ingat Mila pernah mengeluarkn produk kecantikan Luv Mila sekitar 2008.
Meskipun terpaksa melaburkan wang ratusan ribu ringgit untk bisnes kosmetik berkenaan, Mila menanggung rugi apabila produk tersebut tidak mendapat sambutan daripada pengguna.
Menganggap perkara berkenaan sebagai pengajarn dan pelajarn berharga buatnya, Mila kini bangkit daripada kegagalan lalu.
"Memang pada waktu itu saya mengalami kerugian yg cukup besar. Wang yg dilaburkan tak pulang modal langsung.
"Tapi saya belajar banyak perkara. Untk buat bisnes kecantikan, kena ada banyak modal untk pengiklanan. Itu paling penting sebab orng sentiasa nak tengok produk kita ada.
"Pada awalnya saya kecewa juga dan hampir dua tahun menyepikn diri daripada sebarang perniagaan. Waktu itu saya hanya menumpukn kepada bidang nyanyian semata-mata," cerita Mila lagi.
Pun begitu rajuk Mila tak panjang apabila dia kembali menubuhkn syarikat pengurusan di bawah nama Luv Mila Corporation Sdn. Bhd. selepas itu. 2010 menyaksikan kegemilangan Mila apabila syarikat tersebut berjaya menganjurkn pelbagai acara dan berkembang maju seperti yg diharapkn.
Selain itu Mila juga telah mengembangkn perniagaan makanan dngan membuka Restoran Embun Urai di Puchong, Selangor yg mampu bertahan lebih empat tahun.
Terbaru Mila sedang mengusahakn jualan baju kurung jenama Mila secara dalm talian sejak bulan Mac yg lalu. Hampir seribu pasang baju berjaya dijual oleh Mila setiap bulan. Bagi mereka yg ingin melihat sendiri koleksi berkenaan boleh melayari www.facebook.com/bajukurung.milla untuk maklumat lanjut.
0 Komentar untuk "ARTIS Mila Jirin: Berteka-Teki Calon Suami"