malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS Nora-Nadeem Bincang SOAL Kahwin



SELEPAS enam tahun menjadi ibu tunggal, kini Nora Danish terbuka mengakui hubungn istimewanya dngan Mohamed Nedim Mohamed Nazri yG disifatkn sebagai kawan lelaki paling rapat.

Mereka juga tidak menyembunyikn kemesraan apabila seringkali memuat naik gambar-gambar di laman sosial masing-masing sehingga mendapat maklum balas peminat yg mahu mereka cepat-cepat mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun tegas Nora Danish dia tidak mahu terlalu terburu-buru.

Ini kerana pengalamn lalu banyak memberi pengajaran kepadanya untk lebih berhati-hati dalm membuat keputusn untk bergelar isteri sekali lagi.

"Kalau ditanya tentng ikatan perkahwinan, saya rasa biarlah hati kami sama-sama terbuka terlebih dahulu.

"Tidak dinafikn yg kami pernah berbincang tentng perkahwinan namun tidaklah terlalu serius. Buat masa ini perkara itu bukanlah keutamaan bagi saya sebab saya pun pernah berkahwin dan sudah ada anak.

"Lagipun keluarga saya juga tidak mendesak. Mereka hanya mahukn yg terbaik untk diri saya... mahu saya bahagia," jelasnya.

Tidak menafikan yg keinginan untk berkahwin lagi itu wujud namun Nora berkata setiap keputusan yg bakal diambil berhubung komitmen masa depan perlu difikirkn semasak-masaknya.

Ini kerana seboleh-bolehnya dia mahu mengelak perceraian dan tidak mahu pisang berbuah dua kali kerana perkara itu amat memeritkn.

"Kami berdua berkawan pun tidak sampai setahun lagi, masih terlalu awal untuk berbincang soal kahwin. Bagi saya biarlah masa menjadi penentu dalm hubungan kami berdua ini," tambahnya.

Semakin berhati-hati

Dalm pada itu Nora mengakui semakin berhati-hati dalm berkongsi maklumat terutama gambar di laman sosial miliknya apabila sering menjadi bahan kritikan peminat sejak akhir-akhir ini.

Malah kata Nora, Nadeem turut memberi nasihat agar berhati-hati dan tidak berkongsi gambar yg hanya akan memakan dirinya sendiri.

"Banyak sangat komen negatif yg saya terima daripada pengikut laman Instagram menyebabkn Nadeem menasihatkan saya agar berfikir dulu sebelum memuat naik sesuatu gambar.

"Betul... adakalanya saya sendiri tidak terfikir dan tidak sedar dngan tindakan saya itu. Saya harap perkara baik seperti teguran dan nasihat ini terus berkekalan," jelasnya.



Mahu cantik asli

Sementara itu ketika ditanya mengenai ramai artis tempatan yg suka menggunakn kaedah kecantikn termasuk melakukn pembedahn untk mencantikkan lagi wajah dan tubuh, Nora berkata perkara itu tidak sepatutnya dilakukn.

Ini kerana kebanyakn artis yg melakukan pembedahan kosmetik selalunya tidak mendapat keputusan yg diingini malah ada yg menjadi bertambah teruk selepas pembedahan.

"Saya akui saya tidak akan melakukn kerja gila seperti itu semata-mata untk kelihatan cantik. Insya-Allah saya akan terus kekalkn wajah asli saya ini.

"Tidak perlu untuk mengubah-ubah wajah untk nampak lebih cantik. Dari hujung rambut hingga hujung kaki saya ini adalah asli. Langsung tiada yg dibuat-buat dan saya syukur dngan keadaan saya sekarang," ujar Nora lagi.

 

Related Post:

0 Komentar untuk "ARTIS Nora-Nadeem Bincang SOAL Kahwin"
Back To Top