malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA Elly Mazlein Tetap Kunci Mulut Status Pertunangan


Elly Mazlein

Pelakon Elly Mazlein masih lagi berteka-teki dan enggan mengulas mengenai status pertunangannya dngan Azmi Hatta, yg dikatakn sudah terputus sejak tahun lalu.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina, 34, berkata dia mengambil pendekatan tersebut agar tidak mahu mengeruhkn situasi yg telah dilaluinya dan akn memberi khabar gembira kepda semua pihak sekiranya dia bakal mendirikn rumah tangga kelak.

"Bila dah sampai masanya untk berkahwin, saya akn menghebahkn berita gembira kepda semua.

"Saya tidak mahu bercerita besar di mana pada akhirnya saya mendapat malu kerana kegagalan perhubungan kami. Biarlah orng nak cakap sama ada kami berpisah atau tidak, saya akn menjelaskn perkara itu apabila tibanya masa nanti," katanya kepda mStar Online.

Elly dan Azmi telah melangsungkn majlis pertunangan di Bukit Kiara Equestrian Resort pada 29 Mei 2011 dan sepatutnya pasangan itu mendirikn rumah tangga pada Disember 2012.

Penangguhan perkahwinan mereka yg agak lama memberikan andaian bahawa pasangan itu mungkin telah memutuskn ikatan pertunangan mereka. Namun sehingga kini baik Elly mahupun Azmi enggan menjelaskn status perhubungan tersebut.


Status perhubungan Elly dan Azmi masih menjadi tanda tanya sehingga ramai yg menganggap mereka sudah putus tunang.

Dalam pada itu Elly berkata, jika dia berkahwin nanti dia enggan membuat majlis secara besar-besaran, tetapi cukup dngan mengadakn upacara akad nikah serta membuat jamuan makan secara sederhana memandangkn ibunya Sabariah Ahmad, 55, telah pun meninggal dunia pada Mei lalu.

Dalam pada itu, Elly memberitahu, dia tetap ralat kerana tidak sempat menunaikn impian ibunya yg ingin melihat dia berkahwin.
"Memang saya sangat ralat kerana mama tidak sempat melihat saya berkahwin. Tetapi Mama tahu banyak perkara tentang perhubungan kami dan ada beberapa persiapan (kahwin) yg kami sudah batalkn.

"Apa yg penting sekarang ini saya hanya mahu fokus pada kerja dan menjaga Abah saya yg masih lagi sedih atas pemergian Mama," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Elly bakal sibuk dngan penggambaran drama Ema Emyliana 2 terbitan TV3 serta drama Cinta Ibadah sebanyak 153 episod, terbitan Astro.

 

Related Post:

0 Komentar untuk "BERITA Elly Mazlein Tetap Kunci Mulut Status Pertunangan"
Back To Top