
LAKONAN Luna Maya yg semula jadi dan tidak keterlaluan menarik perhatian audiens.
MELETAKKAN pelakon cantik dari Indonesia, Luna Maya sebagai pertaruhan watak utama dalm filem Tembus adalah satu langkah bijak.
Luna Maya, selain terkenal dngan kisah sensasi dan beberapa kontroversi sebelum ini, pelakon itu sebenarnya satu aset yg menambah nilai keada sesebuah naskhah yg dia terlibat.
Jujurnya filem Tembus kalau dinilai daripada sudut komersial sedikit sukar untk menarik penonton berpusu-pusu membanjiri pawagam sementelah tayangannya juga mengambil posisi bermula 1 Syawal (28 Julai).
Namun, yg menjual filem itu sebenarnya barisan pelakonnya. Ahmad Idham bijak menggandingkn pelakon popular tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura dalm rangka strategi meraih perhatian penonton.
Aaron Aziz sendiri sudah berjaya memonopoli dua buah negara iaitu Malaysia dan Singapura manakala Luna Maya tidak disangkal adalah salah seorng pelakon berbakat besar dari Indonesia.
Jika sebelum ini Aaron Aziz pernah membuai penonton menerusi balada Ombak Rindu atau mungkin juga aksi mendebarkan dalm KL Gangster, penonton kali ini dapat melihat kemunculan Aaron Aziz yg baharu dalm filem Tembus.
Pujian harus diberikn kepda Luna Maya yg tidak dibekalkn dialog berjela-jela sebaliknya lebih menggali perasaan dalaman dan permainan emosi semata-mata untk mengikat peranan gadis psiko bernama Merylia.
Merylia disifatkn mempunyai intuisi luar biasa sekiranya mahu mendapatkn sesuatu yg diinginkn malah dek kerana itu juga perilakunya berubah menjadi individu berbeza.
Sebenarnya, lakonan Luna yg nampak lebih semula jadi sudah mampu menenggelamkn watak-watak lain dalm filem itu. Tidak perlu terlalu banyak berusaha, Merylia tampil dalm versi wanita naif yg hanyut dalm perasaan sayang terhadap suami orng.

GANDINGAN Khir Rahman dan Aaron Aziz dilihat agak secocok.
Tertarik dngan salah satu babak daripada filem itu yakni ketika pertemuan Hari (lakonan Aaron Aziz) dan Merylia di sebuah kafe untk memutuskn hubungan mereka dan tanpa sepatah dialog pun Luna berjaya menonjolkn sebuah pemberontakan dan penafian.
Ironi, Hari sebenarnya sudah berkahwin dngan Izza, lakonan Fazura.
Harus diakui juga, Luna dan Aaron berjaya membina keserasian untk bergandingan di layar perak dngan penuh selesa. Bahasa badan paling utama untk menceritakn pertalian yg wujud antara mereka berdua.
Tembus menceritakn kehidupan Hari (Aaron Aziz) yg membuat perjanjian dngan isterinya, Izza untk mengambil alih tugas menjaga anak perempuan mereka, Nurzara.
Bagaimanapun, konflik mula tercetus apabila anaknya diculik dan Hari mula mendedahkn semua perkara yg berlaku di belakang isterinya termasuk perselingkuhan dngan Merylia.
Cuma, seperkara yg kurang logik berkenaan filem ini apabila kes penculikn dijadikn pelaporan dalm media kerana biasanya kes sedemikian tidak membenarkn hebahan media atas faktor keselamatan mangsa.
Begitu juga kehidupan Izza sebagai wanita berkerjaya yg secara tiba-tiba disifatkn popular serta berisiko diancam gosip seperti seorng artis.
Apapun, percubaan untk mengangkat genre serius seperti Tembus satu langkah proaktif untk mempelbagaikn naskhah di pasaran.
Andai ada penaiktarafan daripada segi skala warna dan sinematografi filem ini, tidak mustahil Tembus mendapat perhatian di negara luar juga.
0 Komentar untuk "WOW Ekspresi Luna Maya jentik Tembus"