malaynews1. Powered by Blogger.

GOSIP Sari Yanti terus kunci mulut


Sari Yanti

“ALHAMDULILLAH, saya bahagia. Saya bersyukur dengan apa yg saya miliki sekarang,” ringkas aktres genit, Sari Yanti ketika ditujukan soalan mengenai kehidupan peribadinya.

Sari yg ditemui pada majlis sidang media Anugerah Lawak Warna Astro kelmarin bagaimanapun masih mengunci mulut biarpun di tebak dengan pelbagai persoalan berhubung keadaan rumah tangganya.

“Saya rasa tidak ada perkara yg boleh saya komen atau kongsikan. Terima kasih,” tegasnya.

Sejak khabar angin yg mendakwa rumah tangganya bergoyah awal tahun lalu tersebar, pelakon Kisah Qaisara ini dilihat lebih selesa menyepikan diri daripada memberi sebarang komen mengenainya.

Namun tidak lama kemudian desas desus itu terjawab apabila Sari sendiri dikatakan telah memfailkan permohonan cerai kepada suaminya, Mohd. Edy Casmadi Che Hussain, 34 pada Februari lalu.

Sehingga kini, keadaan sebenar rumah tangga aktres cantik ini masih belum jelas tambahan pula Sari bertegas tidak mahu berkongsi mengenai perkara tersebut.

Hasil perkongsian hidup dengan suaminya selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki yg comel iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 3.



Kembangkan karier

Beralih pada perkembangan karier seninya, Sari akui gembira kerana produk pertama ‘Pengamcam Perkahwinan’ terbitan syarikat produksi Mediaglo Production miliknya bersama beberapa teman artis seperti Tam Suhaimi, Farish Aziz dan Intan Ladyana mendapat sambutan yg menggalakkan sehingga tercalon dalam Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri) Anugerah Lawak Warna Astro.

“Saya bersyukur sangat sebab ini projek pertama kami dan tidak sangka ia permulaan yang baik.

“Memang tidak sangka sebab saya dan kawan-kawan hasilkan projek ini secara suka-suka,” ujarnya.

Ditanya antara produk yang bakal menyusul selepas ini, Sari memberitahu semuanya masih dalam perbincangan.

“Buat masa ini kami masing-masing sibuk dengan kerja. Mungkin selepas semuanya selesai, kami akan hasilkan sesuatu yg menarik.

“Bagi saya, untuk hasilkan produk yg berkualiti, kita tidak perlu tergesa-gesa kerana semuanya perlu di rancang secara teliti,” jelasnya sebelum akhiri perbualan.

 

Tag : kunci, mulut, terus, Yanti
0 Komentar untuk "GOSIP Sari Yanti terus kunci mulut"
Back To Top