PENYANYI, pelakon dan pengacara Ifa Raziah, dikhabarkn semakin pulih selepas selamat menjalani pembedahan bagi membuang beberapa ketulan di kedua-dua belah bahagian payu daranya, kelmarin.
Menurut teman baiknya, penyanyi dan pengacara, Roslan Shah, Ifa menjalani pembedahn selama tujuh jam dan dia bersama Fazli Zainal sempat melawat Ifa malam tadi.
"Ketulan tersebut mula dikesan sejak 2011 lagi, tapi sebabkn sakit kebelakangn ini dan nasihat daripada doktor pakar, Ifa setuju untk buat pembedahan di Beverly Wilshire Medical Centre, Kuala Lumpur," katanya kepada Zass.
Roslan berkata, ketika melawat rakan baiknya itu, Ifa tidak banyak bercakap kerana masih lemah dan hanya meminta saya dan rakan-rakan lain mendoakn dia agar cepat sembuh.
"Ketika saya datang, dia meminta saya menyuapkannya makan. Memang saya terkejut dngan permintaannya, tapi saya turutkn juga.
"Apa yg saya tahu, hari ini (semalam), Ifa sudah bercakap, beransur pulih, namun kesan pembedahn itu masih lagi sakit," ujarnya yg turut meminta semua pihak mendoakn agar Ifa cepat sembuh seperti sedia kala.
Sebelum ini, Ifa dijangkiti virus di bahagian payudara pada 2011 sehingga menyebabkn payudaranya membengkak dan ada ketulan
0 Komentar untuk "BERITA Roslan Shah: Ifa beransur pulih"