malaynews1. Powered by Blogger.

Taylor Swift Datang Malaysia





Bagi peminat tegar Taylor Swift pastinya teruja sebaik mendengar berita ini. Ya, untuk makluman Swifties di Malaysia, penyanyi ini akan mengadakan konsert jelajah yg diberi nama The Red Tour dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.

Konsert yg dibawakan khas oleh Cornetto ini akan berlangsung pada 11 Jun 2014 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Difahamkan, Taylor Swift akan menghiburkan peminatnya dengan persembahan eksklusif menerusi lagu-lagu daripada album terbarunya berjudul Red termasuklah beberapa buah lagu daripada album terdahulu.

Taylor Swift Bakal Gamatkan Stadium Putra Jun Ini


Gaya Taylor Swift sewaktu Red Tour di Omaha, Nebraska

Red merupakan album studio keempat yg telahpun dilancarkan sekitar bulan Oktober 2012. Antara lagu popular daripada album tersebut ialah We Are Never Ever Getting Back Together, I Knew You Were Trouble & 22.

Untuk pengetahuan anda, tiket hanya akan dijual bermula pada 1 Mac 2014 & boleh didapati di laman web Ticket Pro atau menerusi talian 03 7880 7999.

Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Taylor Swift Datang Malaysia"
Back To Top