malaynews1. Powered by Blogger.

Kemunculan Yang Memukaukan Oleh Maya Karin

Dalam tayangan perdana filem Sejoli yg berlangsung semalam, teraju utama Maya Karin tidak melepaskan peluang untuk menggayakan fesyen hebat untuk tatapan peminat.

Jelas, gaun hitam paras peha yg ditampilkannya berjaya mencuri tumpuan orang ramai sehingga ada antara peminat menjadi begitu teruja.

Mengulas tentang dakwaan sebuah media hiburan bahawa dirinya ialah anak emas Osman Ali, Maya bagaimanapun menafikan perkara tersebut. Katanya, dia bekerja di bawah pengarah itu kerana selesa berbuat demikian.

“Secara jujurnya saya tidak kisah untuk bekerjasama dengan sesiapa pun & tidak ada istilah lebih istimewa daripada yg lain ketika bekerja.”

Sementara itu, Maya memberitahu tidak akan berkahwin tahun ini dengan kekasihnya, seorang jejaka mat salleh. Ini kerana, dia mahu fokus kepada kerjaya terlebih dulu selain tidak pernah meletakkan sasaran bila hendak berkahwin.

“Sebab tahun ini fokus saya untuk kerjaya seni & tengoklah tahun depan ke atau tahun seterusnya (ketawa). Lagipun saya tidak letak sebarang sasaran bila untuk berkahwin selepas saya sedar dalam hidup ini bukan semua kita boleh rancang. Jadi biarlah masa yg menentukannya.”

Mari layan beberapa keping gambar Maya Karin yg tampil begitu jelita & menawan ketika menggayakan fesyen gaun hitam paras peha di Majlis Pratonton filem Sejoli.






Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Kemunculan Yang Memukaukan Oleh Maya Karin"
Back To Top