malaynews1. Powered by Blogger.

Zizan Selalu Kena Kacau Dengan Emma




Pelakon & pelawak, Zizan Razak tidak tahu bagaimana mahu mengulas lanjut mengenai gosip terbaharu yg timbul mendakwa prestasinya dikatakan semakin merudum gara-gara kononnya sering didatangi teman wanitanya, pelakon Emma Maembong di set lokasi penggambaran.

“Saya tak tahu nak komen apa. Saya pun tak faham kenapa ada lagi cerita-cerita macam ni. Saya sudah tidak tahu hendak cakap macam mana lagi.

“Saya tak rasa gosip itu ditujukan pada saya. Lagipun dalam gosip tu tidak tulis nama jadi kenapa orang nak kaitkan dengan saya. Saya pun tak rasa ada orang nak sabotaj sebab saya rasa saya tak ada masalah dengan sesiapa”, katanya kepada Malaysian Digest.com ketika dihubungi, petang semalam.

Zizan yg kini sedang menjalani penggambaran filem Cicakman 3D berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gosip di sebuah portal hiburan yg menyebut seorang pelakon lelaki sering diganggu oleh teman wanitanya di lokasi penggambaran hingga menyebabkan prestasi pelakon lelaki itu semakin merosot.

Menerusi gosip tersebut ramai yg membuat spekulasi bahawa artis tersebut adalah Zizan & pelakon cantik, Emma Maembong memandangkan mereka berdua kini hangat disebut-sebut sebagai pasangan kekasih. Tambahan Zizan & Emma semakin terbuka untuk berkongsi pada umum mengenai hubungan mereka.

Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Zizan Selalu Kena Kacau Dengan Emma"
Back To Top