malaynews1. Powered by Blogger.

Lucu Video Bakal Pengantin Tersasul Lafaz Mas Kahwin

 



Tanyalah kepada sesiapa yg bergelar suami, pasti saat melafazkan akad nikah adalah antara saat yg cukup mendebarkan dalam diri mereka.

Apa tidaknya, hanya dengan lafaz ‘aku terima nikahnya’, si lelaki sudah bergelar suami, sekaligus mengambil alih tugas bapa si isteri.

Dek kerana itulah, ramai yg ‘tersangkut’ semasa lafaz akad nikah sehingga terpaksa mengulanginya sekali lagi.

Menerusi video yg kami kongsikan ini, seorang pengantin lelaki dari negara jiran, Brunei Darussalam berdepan dengan detik lucu apabila tersilap menyebut nilai mas kahwinnya sebanyak B$3 (disebut tiga ringgit) sedangkan jumlah sebenarnya ialah B$300.

– MYNEWSHUB.CC


0 Komentar untuk "Lucu Video Bakal Pengantin Tersasul Lafaz Mas Kahwin"
Back To Top