malaynews1. Powered by Blogger.

WOW Pesona Megan Nicole Superb Cute



BAGI pelayar setia laman YouTube, nama Megan Nicole barangkali tidak asing lagi. Bahkan, anda juga barangkali tergolong dalam 2.6 juta pengikut setianya sejak lima tahun lalu.

Maka tidak hairanlah jika Nicole kini menyandang tempat ke-95, daripada 100 individu paling dikenali menerusi laman YouTube. Sedikit latar belakang mengenai pemilik nama sebenar Megan Nicole Flores, berumur 21 tahun, Nicole dilahirkan di Houston, Texas. Anak kepada Tammy dan Frankie Flores ini, sememangnya minat menyanyi sejak usia 10 tahun lagi.

Minat Nicole bermula setelah bapanya membelikan set karaoke buat Nicole dan semenjak itu dia mula menyertai kumpulan nyanyian di gereja dan juga beberapa pertandingan di sekolah.





Pada tahun 2009, Nicole memuat naik video ‘cover’ pertamanya, Use Somebody oleh Kings of Leon. Sejak itu, dia melalui menyanyikan semula lagu-lagu daripada penyanyi terkenal seperti Bruno Mars, Katty Perry, Justin Bieber, Taylor Swift, Selena Gomez, dan ramai lagi.

Tidak terhad sekadar itu sahaja, bakat Nicole turut mendapat perhatian beberapa lagi artis YouTube yg lain dan kemudiannya mengajak Nicole untuk berduet bersama. Pada tahun 2011, Nicole melancarkan lagu original pertamanya, B-e-a-utiful.

Lagu tersebut ditulis oleh Nicole sendiri bersama Lairs Johnston, Stephen Folden, dan Tom Mgrdichian. Lagu tersebut mendapat sambutan hangat sekali gus menaikkan nama Nicole dalam masa singkat.

Pada Ogos 2012, Nicole menandatangani kontrak bersama Bad Boy Records, dan dalam masa sebulan, dia menduduki tangga ke-29 dalam carta Billboard Social 50 selama empat minggu.

Sehingga kini, Nicole sudah mengumpul lebih 2.6 juta pelanggan dan videonya sudah ditonton lebih 500 juta kali.




Serba boleh

Selain memiliki suara yg merdu, Nicole juga berkebolehan bermain alat muzik seperti gitar, piano dan seruling. Dengan menggunakan alat muzik itu juga, Nicole mencipta pelbagai jenis lagu lain, antaranya Summer Forever, Never Wanna Let You Go, Never Have I Ever dan Electrified.

Para peminat Nicole menyifatkan dia mempunyai karisma dan persona tersendiri serta mampu memberi satu nafas baharu kepada dunia nyanyian.

Bagaimanapun ujar Nicole, dia tidak menyangka, minatnya untuk berkongsi muzik bersama mereka yg meminati muzik mendapat sambutan ramai.

“Segalanya hanya bermula dengan minat dan suka-suka. Tapi hari ini, saya akan pastikan berkongsi karya yang istimewa dengan pengikut saya,” katanya.

Tag : Megan, Nicole, Pesona
0 Komentar untuk "WOW Pesona Megan Nicole Superb Cute"
Back To Top