malaynews1. Powered by Blogger.

Mesti Tahu Macam Mana Permakaman King Abdullah (RAKAMAN)

 



Media-media barat melaporkan pengebumian Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz yg mangkat kelmarin diberikan pengebumian yg ringkas dan sederhana kerana dimakamkan di kubur yg tidak pun tertulis namanya.

Difahamkan, baginda mempunyai aset tidak rasmi kira-kira AS$20 bilion yg boleh membina 13 buah Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Baginda juga merupakan pemerintah bagi negara yg merupakan pengeluar minyak utama di dunia.

Bagaimanapun, para pemerintah Arab Saudi apabila mangkat mereka memang dikebumikan dalam cara yg mudah dan cukup sederhana mengikut ajaran Islam.

Almarhum Raja Abdullah, dimandikan, disolatkan selepas solat Jumaat, dan terus dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan tanpa sebarang perarakan dan tanpa makam marmar.






 
 
 

Laporan NBCNews.com menyebut ‘tiada kereta kuda emas’, pengebumian Pemerintah Arab Saudi Raja Abdullah Jumaat lepas dilihat ringkas dan mengikut apa yg diajarkan dalam agama Islam yg diamalkan oleh keluarga Diraja paling kaya di dunia.

Jenazah dimandikan mengikut ajaran Islam, Almarhum kemudian dikafankan dengan dua helai kain putih, amalan biasa untuk semua orang Islam. – MYNEWSHUB.CC


0 Komentar untuk "Mesti Tahu Macam Mana Permakaman King Abdullah (RAKAMAN)"
Back To Top