malaynews1. Powered by Blogger.

Shila Amzah Bagi Komen Terhadap Tweet Pra Matang Sharnaaz

 



Sewaktu malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) baru-baru ini. pelakon Sharnaaz Ahmad dikhabarkan telah menghantar tweet ucapan tahniah kepada bekas kekasihnya, Shila Amzah atas persembahan hebat sewaktu menyampaikan lagu ‘Masih Aku Cinta’.

Pasti ramai yg tahu lagu tersebut mempunyai makna yg cukup mendalam kerana ia ditulis selepas kedua-duanya mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kerana pelbagai masalah yg pernah timbul sebelum itu.



Bagaimanapun, menerusi akaun Instagram, Shila telah memuatnaik video nyanyian lagu tersebut dengan lirik yg ditukar seolah-olah membalas tweet yg disampaikan oleh Sharnaaz itu.

Ia berbunyi:

“Ku dah temui bahagia,
Walaupun engkau tidak bersama,
Dan aku takkan ada sampai bila-bila,
Dari jauh engkau tidak ku cinta.”




Video tersebut secara tidak langsung mengundang pelbagai komen daripada para pengikutnya dan rata-rata mereka menegur Shila yg dilihat tidak matang dalam hal itu.

Pada hemat kami, penyanyi itu mahu memberi mesej bahawa dia sudah move on dalam kisah cintanya itu.

Namun sebaliknya, tindakannya itu seolah-olah memperlihatkan dia sebenarnya masih ‘kecewa’ dengan apa yg pernah berlaku sebelum ini.



Menerusi Melodi TV3 hari ini, Sharnaaz itu memberitahu tweet itu merupakan ucapan ikhlas daripada seorang kawan dan tidak ada kena mengena dengan apa yg pernah terjadi sebelum ini.



“Kita baling bunga pada dia, dia baling **** pada kita. Nak buat apa, kan? Itu cara dia. Saya tak nak tengok kawan-kawan saya jatuh. Shila sudah berada pada satu tahap yg sangat-sangat tinggi. Saya dan keluarga saya semua sokong dia,” katanya.

Hmm, sudah-sudahlah tu Shila..

Cubalah positif kerana apa yg berlaku sebelum ini telah memberikan hikmah yg begitu besar sehingga mampu melonjakkan nama anda hingga ke peringkat antarabangsa, tak gitu? – MYNEWSHUB.CC


0 Komentar untuk "Shila Amzah Bagi Komen Terhadap Tweet Pra Matang Sharnaaz"
Back To Top