malaynews1. Powered by Blogger.

SEMASA Kemalangan: Pengikut Laman Sosial Dakwa Kereta Fizo Omar Dipandu Laju!



Terkejut Astro Gempak apabila menerima e-mel daripada seorng pembaca bernama ‘Mel’ yg telah mengirim beberapa keping foto sebuah kenderaan yg terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menurut Mel, kereta berwarna biru jenis Audi itu milik pelakon popular Fizo Omar dan isterinya Mawar remuk teruk akibat kemalangan jalan raya di Kuala Krai, Kelantan, semalam (Khamis).

Kata Mel lagi, sungguhpun Fizo ada membuat kenyataan di laman peribadi tentang kemalangan tersebut, namun ada pengikut di laman sosial memberitahu kenderaan jenis Audi itu dipandu laju dan dalam keadaan berbahaya.

Menerusi komen yg dimuat naik peminat tersebut, dia mendakwa melihat kenderaan tersebut dipandu laju dan memotong secara merbahaya.



Sementara Fizo pula pula laman Twitternya mengesahkn bahawa dia dan isterinya tidak menaiki kenderaan tersebut dan telah selamat tiba di Kota Bharu.

Sebaliknya penumpang kereta tersebut adalah pembantu peribadi, kakak serta ibunya sahaja yg berada di dalam kenderaan tersebut dan kesemua mereka berada dalm keadaan selamat.




 

0 Komentar untuk "SEMASA Kemalangan: Pengikut Laman Sosial Dakwa Kereta Fizo Omar Dipandu Laju!"
Back To Top