malaynews1. Powered by Blogger.

MENARIK Sazzy Falak mahu hias rumah



SUDAH menjadi kemestian apabila tibanya bulan Syawal, setiap umat Islam akn berkumpul bersama bagi meraikn hari kemenangan selepas sebulan menjalani ibadah puasa.

Lebih istimewa, hari raya yg disambut dimeriahkn lagi dngan kehadiran sanak saudara serta kaum keluarga yg telah lama tidak bersua muka.

Tidak terkecuali menantikan saat tibanya kehadiran tanggal 1 Syawal, pengacara dan pelakon genit Sazzy Falak yg turut melahirkn rasa teruja menanti tibanya bulan mulia itu pada tahun ini.

Keluarga besar

"Saya sangat suka apabila tiba hari raya," ujar Sazzy, 33, ringkas sewaktu berkesempatan bertemu dengannya selepas majlis berbuka puasa anjuran Astro di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tutur bekas pengacara program hiburan Beat TV ini, dalam tempoh setahun, kehadiran Hari Raya Aidilfitri merupakn salah satu hari yg paling dinanti-nantikn olehnya dan keluarga.

"Apabila tibanya Aidilfitri, saya dan keluarga dapat bertemu setelah sekian lama tidak bersua. Maklumlah, masing-masing sibuk dngan kerjaya dan susah untk berjumpa.

"Pada hari raya sahaja kami dapat bertanya khabar dan meluangkn masa bersama," ujarnya sambil tersenyum.

Tambah Sazzy, dia berasa sangat beruntung kerana dikurniakn keluarga yg agak besar, apatah lagi suaminya juga turut mempunyai bilangan ahli keluarga yg ramai. Kehadiran bulan Syawal saban tahun pasti dimeriahkn lagi dngan gelak tawa sanak saudara apabila berkumpul bersama.

"Disebabkan itu ramai yg mengatakn sambutan hari raya kami sekeluarga kelihatan meriah. Alhamdulillah, selepas berkahwin, keluarga saya yg sudah sedia ada besar ini menjadi semakin besar," ujarnya lagi.


SERONOK... Pasangan ini lebih teruja membuat persiapan bagi anak kembar mereka iaitu Imaan Lily (kiri) dan Tiara Rose.

Si kembar

Menyentuh tentang pengalaman menjaga pasangan kembarnya, Imaan Lily dan Tiara Rose, 3, ketika bulan Ramadan, Sazzy berkata, cabarannya tidaklah sehebat ketika mereka masih kecil.

Ujarnya, setelah mereka pandai bercakap dan berjalan, kerja-kerja penjagaan menjadi lebih mudah.

"Sejujurnya, ketika Imaan dan Tiara masih bayi, agak mencabar bagi saya untk memantau keadaan mereka saban hari. Setiap perkara yg ingin dilakukn perlu ada bantuan daripada orng lain.

"Namun, setelah mereka semakin membesar dan boleh berjalan, kerja-kerja yg dahulunya remeh menjadi semakin lancar. Tambahan pula, mereka sudah tahu untk mengadu jika terdapat sebarang masalah," ujar Sazzy.

Tambah pelakon filem Gol & Gincu ini lagi, mereka petah berkata-kata sehingga dia berasa sungguh terkejut apabila kedua-dua puteri kembarnya itu meminta agar mereka dimasukkn ke sekolah dalam masa yg terdekat.

"Saya sangat terkejut apabila mereka mahu ke sekolah. Tapi, apa salahnya jika permintaan tersebut boleh membawa kepda kebaikan. Saya berharap agar minat terhadap pembelajaran akn kekal sehingga mereka dewasa," ujarnya yg akn memasukkn Imaan dan Tiara ke program prasekolah tahun depan.

Persiapan

Bercakap mengenai kedatangan Hari Raya Aidilfitri nanti, ibu kepda pasangan kembar ini mengakui tidak berlebih-lebih dalm membuat persiapan.

Katanya, dia lebih menumpukn perhatian terhadap tugas-tugas mengemas dan menambah dekorasi rumah, selain memilih kuih raya untk dihidangkn kepda tetamu nanti.

"Persiapan raya untk tahun ini biasa-biasa sahaja. Rutin saya sama seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu memilih baju untk kami sekeluarga.

"Cuma, saya berasa ingin menambah dekorasi rumah dan membeli banyak kuih raya tahun ini," tuturnya sambil tersenyum.

Melanjutkan perbualan mengenai sambutan Aidilfitri pada tahun ini, suaminya, Nazril Idrus, 40, memberitahu, mereka bakal pulang ke kampungnya di Port Dickson, Negeri Sembilan sehari sebelum hari raya.

Peluang tersebut diambil bagi mengambil mood untk berhari raya di kampung halaman sendiri.

"Kebetulan tahun ini giliran kampung saya, jadi peluang itu digunakn untk pulang awal sehari awal sebelum sambutan Hari Raya," celahnya.


KATA Sazzy, dia sedang merancang muncul dengan jenama Imaan Lily Tiara Rose pada bulan Ogos nanti.

Karier

Berkongsi tentang perkembangan terbaharunya, Sazzy yg kini begitu aktif dalam perniagaan fesyen online selesa dngan apa yg dilakukan.

Walaupun tidak kerap muncul di kaca televisyen, namun dia masih menerima tawaran jika diminta untk mengacarakan majlis-majlis tertutup di sekitar ibu kota.

"Selepas menubuhkn laman web streetfashionkl.com dan menjual beberapa jenama pakaian dari seluruh dunia secara online, saya agak kurang muncul di televisyen. Lebih-lebih lagi apabila saya sudah jarang mengendalikan rancangan hiburan.

"Namun, saya masih aktif mengacarakn majlis secara tertutup," ujarnya yg turut terlibat dalam program sukan MyEG Extra Time di Astro.

Memanjangkan bicara mengenai gedung fesyen onlinenya, Sazzy yang baru-baru ini diberi peluang untk memperagakan busana jenamanya di Minggu Fesyen Kuala Lumpur Fesyen 2014 bakal muncul dngan koleksi pakaian kanak-kanak perempuan menerusi jenama Imaan Lily Tiara Rose pada bulan Ogos nanti.

"Sejak kebelakangan ini, permintaan untk baju kanak-kanak begitu menggalakkan. Justeru, saya ingin mencuba pasaran sedia ada dngan menampilkan koleksi khas untk kanak-kanak perempuan.

"Lagipun, pengikut anak-anak saya di Instagram boleh tahan ramai, jadi tidak salah untk saya mencuba," katanya sambil tersenyum.


 

Tag : Falak, Rumah, Sazzy
0 Komentar untuk "MENARIK Sazzy Falak mahu hias rumah"
Back To Top