malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS Shiqin Kamal, Ada Hikmah Di Sebalik Pemergian Ibu


Shiqin Kamal menganggap pemergian ibunya ada hikmah.

Pelakon Shiqin Kamal mengakui kehilangan ibunya, Khatijah Bee, 67, pada 18 Julai lalu akibat penyakit usus membuatkn dia tidak bersemangat untk menyambut Aidilfitri yg bakal tiba beberapa hari lagi.

Shiqin atau nama sebenar Nur Ashiqin Mohd Kamal, bagaimanapun mengambil pendekatan untk bersikap positif dan menganggap pemergian ibunya itu mungkin ada hikmah di sebaliknya. Memikirkn perkara itu, dia mengambil keputusan untk menyambut Hari Raya bersama enam adik beradiknya yg lain.

"Siapa yg tak sedih apabila ibu sudah tiada. Jujur memang saya tidak ada 'mood' nak raya tetapi kita kena ingat, setiap yg hidup pastinya akn pergi.

"Dan kita yg masih hidup perlu meneruskn kehidupan seperti biasa. Walaupun sedih, saya mengambil sikap positif untk melalui hari-hari seterusnya.

"Jadi untuk Hari Raya pertama, saya dan adik beradik akn sambut di rumah ibu di sini," katanya.


Shiqin Kamal

Sementara itu, Shiqin memberitahu, dia baru sahaja menghabiskn pengajiannya dalm jurusan Sarjana Muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Katanya, dia berhasrat memberi fokus sepenuhnya di bidang lakonan untk mengukuhkan namanya sebagai seorng pelakon.

"Sebelum ini saya tidak kerap muncul kerana sibuk dngan pengajian. Tetapi sekarang ini saya boleh memberi komitmen sepenuhnya di bidang lakonan.

"Selain fokus dalm kerja lakonan, mungkin juga saya akn menyambung pelajaran di bidang seni lakon pada masa akn datang untk mengukuhkan kerjaya saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shiqin bakal membintangi filem Warna Cinta Impian bersama pelakon Awie, Erra Fazira dan Nellydia Senrose yg akn memulakan penggambaran pada Ogos depan di sekitar Kuala Lumpur, Jaipur di India dan Brisbane, Australia.
0 Komentar untuk "ARTIS Shiqin Kamal, Ada Hikmah Di Sebalik Pemergian Ibu"
Back To Top