malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS Elfira Loy Pilih Beraya Di Lombok

Setiap individu pasti mempunyai cara yg tersendiri untk meraikn ketibaan Syawal. Ada yg masih mengikut rutin tradisi pulang ke kampung untk melawat kaum keluarga, dan ada juga yg lebih selesa meraikn hari kemenangan seluruh umat Islam itu di ibu kota.


Elfira Loy Pilih Beraya Di Lombok

Namun, ada segelintir umat Islam yg berkira-kira untk menyambut datangnya Aidilfitri di perantauan. Lebih unik, sambutan perayaan tersebut dibuat secara bercuti dan berehat di sebuah pulau yg asing daripada penduduk setempat.

Pelakon genit, Elfira Loy memilih cara itu. Menjadikn pulau sebagai destinasi pilihan setiap kali tibanya Hari Raya, tuan empunya nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri gemar menghabiskn cuti rayanya bersama keluarganya di luar negara. Katanya, tidak banyak persiapan hari raya yg dilakukn setakat ini. Sebaliknya, persiapan bercuti yg lebih diutamakn.

“Persiapan raya saya berbeza dngan persiapan orng lain. Mungkin ada yg sedang sibuk membeli kuih raya dan menempah busana untk digayakn pada pagi Syawal. Tetapi, persiapan saya hanyalah sekadar menempah tiket kapal terbang dan hotel di destinasi pilihan,” ujarnya ringkas ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Astro di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Memilih Lombok, Indonesia sebagai destinasi percutian hari rayanya tahun ini, pelakon yg mula meningkat naik dngan drama bersiri Senja Permai ini gemar menjadikn pulau sebagai lokasi kerana suasana yg tenang dan jauh daripada kesibukan kota.

“Apabila bercuti di pulau, hati saya akn jadi lebih tenang. Sementelah dngan kehadiran keluarga, percutian kami akn lebih bermakna dan menyeronokkn. Maklumlah, apabila di Kuala Lumpur masing-masing sibuk dngan kerjaya. Inilah masa terbaik bagi kami untk merapatkn hubungan sesama keluarga,” ujar Elfira yg memilih Kepulauan Maldives sebagai destinasi Aidilfitri dua tahun lalu.

Ketika ditanya mengenai aktiviti yg akn dilakukn ketika berada di sana, aktres yg berusia 20 tahun ini berkongsi, mereka sekeluarga amat gemar bermain sukan air selain menjelajah tempat-tempat menarik di Lombok.

“Di sana, perjalanan dari satu tempat ke tempat yg lain memakan masa yg agak lama. Justeru, saya dan keluarga akan memanfaatkn masa yg ada ketika itu untk menghargai keindahan flora dan fauna,” kata Elfira yg memilih sendiri lokasi berkenaan beberapa bulan lalu. Melanjutkn perbualan mengenai ziarah hari rayanya tahun ini, Elfira berkata, dia akn pulang melawat sanak saudaranya selepas dia pulang bercuti di Lombok.

“Biasanya, sanak saudara lebih gemar menghabiskn minggu awal bulan Syawal dngan berpuasa enam. Jika pulang ke kampung seperti tidak ada keterujaan untk meraikan hari raya. “Jadi, selepas habis bercuti dan mereka sudah habis berpuasa, maka saya akn mula menziarahi dan berhari raya bersama-sama,” ujarnya lagi.

0 Komentar untuk "ARTIS Elfira Loy Pilih Beraya Di Lombok"
Back To Top