malaynews1. Powered by Blogger.

DUNIA 7 Sekeluarga Cuba Bunuh Diri Depan Pejabat Akhbar

Berang dngan tindakan pihak berkuasa merampas tanah dan merobohkn kediaman mereka, sebuah keluarga dari Beijing, China bertindak melakukn percubaan bunuh diri beramai-ramai dngan meminum racun perosak di luar ibu pejabat syarikat sebuah akhbar.


7 Sekeluarga Cuba Bunuh Diri Depan Pejabat Akhbar

Sekumpulan dua wanita dan lima lelaki dari wilayah Jiangsu melakukn bantahan selepas kehilangan tempat tinggal apabila kediaman mereka dirobohkn lima tahun lalu dan tidak pernah diberikan apa-apa pampasan sebagai balasan.

Saksi kejadian berkata kepada Daily Mail, dia melihat bagaimana kumpulan itu menjerit menuntut keadilan sebelum mengeluarkn botol plastik dan minum kandungan cecair serta jatuh ke tanah sambil memegang leher dalm keadaan kesakitan.

"Saya dengar mereka jerit tuntut keadilan tetapi tiada siapa yg memberi perhatian. Kemudian mereka minum sesuatu dan rebah dngan mulut berbuih. Situasi itu adalah sangat mengejutkn," katanya.

Difahamkn, sebelum cubaan bunuh diri mereka ada mengedarkn risalah dan poster dalm usaha untk mendapatkn sokongan dan bantuan, namun usaha mereka gagal dan menyebabkn mereka mengambil jalan terakhir iaitu mengadakn demonstrasi di luar pejabat akhbar China Youth Daily.

Polis memaklumkn, empat daripada mereka kini semakin stabil manakala tiga yg lain berada dalm keadaan kritikal.

0 Komentar untuk "DUNIA 7 Sekeluarga Cuba Bunuh Diri Depan Pejabat Akhbar"
Back To Top