malaynews1. Powered by Blogger.

Isteri Andy Flop Poppy Tak Pernah SETUJU Suaminya Kahwin 2

Isteri Andy Flop Poppy Tak Pernah SETUJU Suaminya Kahwin 2: Isteri vokalis kumpulan Flop Poppy, Andy iaitu Nurul Shafizan Othman, 42, berkata uang dia tidak pernah bersetuju dengan perkahwinan kedua suaminya itu.

Isteri Andy Flop Poppy Tak Pernah SETUJU Suaminya Kahwin 2

Shafizan sebaliknya berkata, dia terkejut dengan pengakuan dibuat Andy menerusi akaun Instagram miliknya dan berharap rumah tangga mereka dapat kembali kepada asal.

"Saya tidak setuju dengan perkahwinan itu. Biar Allah yang tentukan.

"Moga rumah tangga saya dapat kembali kepada asal. Mungkin ini dugaan saya dengan anak-anak. Selebihnya, saya enggan komen lanjut," katanya.

 Rabu lalu, Andy atau nama sebenarnya Megat Effendy Zakaria, 43, menerusi akaun Instagram mendedahkan sudah bernikah buat kali kedua dengan wanita yang dikenali sebagai Aliaah Abdullah.

Bagaimanapun Andy tidak memberitahu tarikh pernikahan mereka.

Isteri Andy Flop Poppy Tak Pernah SETUJU Suaminya Kahwin 2

Pendedahan itu membuatkan ramai yang terkejut memandangkan Andy sering dilihat mempunyai keluarga bahagia di samping isteri dan tujuh orang anaknya iaitu Megat Daniel Azreen, 23, Megat Zarul Mukhriz, 21, Puteri Adlin Natasya, 18, Puteri Adlin Syafinie, 17, Puteri Adlin Syafinaz, 12, Megat Adam Zakaria, 4 dan Puteri Sumayyah Ramadhani, 10 bulan.

Dalam pada itu, selain menerima ucapan tahniah, Andy turut dikritik hebat peminat-peminatnya.

Sementara itu, Andy yang dihubungi media bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Andy dan Shafizan telah mendirikan rumah tangga pada 2 Disember 1991.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/05/04/isteri-andy-flop-poppy/

View the original article here

Related Post:

0 Komentar untuk "Isteri Andy Flop Poppy Tak Pernah SETUJU Suaminya Kahwin 2"
Back To Top